Sekiranya blog yang anda guna sekarang diambil daripada pilihan-pilihan template di blogspot, saya yakin yang anda tidak berpuas hati kerana pilihan yang ada terlampau sikit malahan designnya agak teruk. Jadi terdapat banyak pihak ketiga yang menyediakan template-template untuk blogger dan anda menukar template anda dengan mudah sekali.
Jenis-jenis template:
Template blogger boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Classic dan XML.
1.XML:
-Sekiranya anda mendaftar dengan blogger pada tahun 2007 dan keatas, saya yakin template blogger yang anda pakai sekarang ialah jenis XML.
-Kemudahan template ini ialah ia boleh berinteraksi dengan ‘page elements’ di bahagian blogger layout dengan mudah. Anda boleh tambah, edit dan susun page element mengikut kehendak yang anda mahu di sana tanpa sebarang pengubahsuaian di bahagian koding template tersebut sendiri.
-Sekiranya anda mahir dengan coding XML, anda boleh ubah sendiri koding tersebut mengikut selera anda di bahagian Edit HTML.
-Cara untuk menukar template anda mudah sahaja. Pergi ke bahagian layout>>Edit HTML dan upload file template yang berformat .xml yang telah anda download tadi. Save changes dan semuanya siap.
2.Classic:
-Template jenis classic agak sukar diuruskan kerana kebanyakan perkara untuk menambah komponen pada blog anda seperti menambah ruangan link sesama blogger dan menambah google adsense di blog anda perlu dilakukan dengan mengubah koding pada HTML.
-Untuk memudahkan kerja anda, perisian seperti Dreamweaver MX boleh digunakan untuk menambah komponen dan menukar style blog anda seperti jenis dan saiz tulisan yang akan anda gunakan.
-Jadi, saya cadangkan supaya anda memilih classic template sekiranya anda mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai bahasa HTML.
-Untuk menggunakan template classic anda perlu klik pada ‘Revert to Classic Template’ terlebih dahulu. Kemudian barulah paste koding HTML template tersebut pada bahagian koding HTML. Save dan semuanya siap.
Saya percaya bahawa kebanyakan daripada kita ialah pengguna terakhir dan kurang cekap dalam bahasa pengaturcaraan laman web. Jadi semasa saya menggunakan blogspot, saya turut menggunakan XML template dan tidak memikirkan terlampau banyak untuk mengubah suai penampilan blog saya kerana saya yakin bahawa kandungan sesebuah website lebih penting daripada rekabentuknya melainkan blog anda ini adalah tentang grafik atau web design.
Laman-laman yang boleh anda kunjungi:
-http://b-themes.blogspot.com (XML, blog ini menggunakan template dari website ini. Yang menariknya, beberapat template dari b-themes mempunyai reka bentuk seperti laman web yang menggunakan template joomla dan wordpress)
-http://www.isnaini.com/blogger-templates (classic)
-http://blogger-templates-store.blogspot.com (XML and classic)
*Apabila anda menggunakan template-template percuma ini, tolong jangan buang bahagian hakcipta dan copyright yang anda. Mungkin mereka tidak akan tahu bahawa anda memanipulasi kod mereka, tetapi ingatlah bagaimana sekiranya perkara yang sama berlaku kepada anda? Apa yang anda akan buat jika terdapat blogger yang sesuka hati mencuri kandungan blog anda dan memaparkannya di website anda? Jangan lah melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka apabila pihak lain melakukannya ke atas anda.

[...] aku antara yang penting pada sesebuah laman itu adalah sebuah template yang teratur dan mampu load dengan laju. Ya, kelajuan loading adalah sesuatu perkara yang perlu di [...]