Tips memilih hosting

Posted by MaxMonic

Sekiranya anda baru pertama kali menghostingkan website, di sini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum hostkan file anda dengan mana-mana hosting.

1.Saiz space yang diperuntukkan:
-Untuk website yang biasa, saiz 2 GB sudah mencukupi.
-Sekiranya anda bercadang meletakkan forum di website anda, saiz 4 atau 5 GB lebih sesuai memandangkan banyak data yang perlu disimpan.
-Sekiranya anda ingin menghost banyak laman dalam satu hosting, saiz yang lebih besar juga diperlukan.

2.Saiz bandwidth (monthly transfer):
-Saiz bandwidth merupakan perkara penting. Sekiranya bandwidth yang sedia ada oleh website anda telah habis digunakan, maka laman anda akan disuspend dan pelawat tidak dapat sampai ke laman anda.
-Sekiranya pengunjung anda biasa sahaja, bandwidth sebanyak 20GB sudah mencukupi.
-Sekiranya anda menghostkan forum dan laman anda mempunyai ramai pengunjung, 50GB bandwidth sudah memadai.

3.Masa uptime:
-Masa uptime ialah masa server yang anda hosting ke udara atau online. Sekiranya server tersebut down, bermakna pelawat tidak boleh memasuki laman tersebut.
-Perlu diingatkan bahawa sesetengah webhosting amat murah tetapi uptimenya begitu teruk dan boleh membuatkan anda kehilangan pengunjung.

4.Penggunaan phpmail atau sendmail:
-function phpmail() dan sendmail{} sering digunakan di laman web untuk menghantar emel. Sesetengah hosting seperti eternal solution tidak membenarkan penggunaan function ini bagi tujuan sekuriti. Akibatnya laman anda tidak boleh menghantar outgoing emel (dari dalam ke luar).
-sekiranya hosting anda tidak membenarkan penggunaan phpmail atau sendmail, maka anda terpaksa mengsetting sendiri emel anda dengan menggunakan smtp.

5.Support daripada hosting sendiri:
-Saya percaya ramai daripada anda yang kurang mahir dan akan menghadapi masalah. Jadi, pastikan hosting yang anda cari mempunyai sistem support yang mantap supaya anda akan diberikan bantuan dengan segera sekiranya bermasalah.

2 Responses to “Tips memilih hosting”

  1. JacobFlex says:

    hoho… aku pakai domain free jer.. hosting lak pakai <a href=”http://www.sealserver.com.my. support memang mantap n userfriendly. .huhu

  2. MaxMonic says:

    @JacobFlex: Biasenye aku tengok orang lagi suke pakai domain bayar dan hosting free. Ko pulak terbalik yee…

Leave a Reply

CommentLuv badge