Super Babi Product Fun Show

Posted by MaxMonic

Aku jarang bersantai di depan TV. Andai kata aku bersantai pun, pasti channel 715 yang menjadi pilihan. Mungkin ada yang menganggap aku kebudak-budakan, tapi kisah apa aku. Selera aku, suka hati aku la.

Jumaat minggu lepas pukul 10.30 malam, selepas habis sebuah rancangan animasi keudara pula rancangan Super Big Product Fun Show yang amat mengejutkan aku. Aku pasti ramai daripada korang yang turut menonton rancangan ini. 

Rancangan keluaran Jepun ini sememangnya membuatkan aku tertanya-tanya adakah Astro tidak menilai sesebuah rancangan terlebih dahulu sebelum menyiarkannya. Mana tidaknya, aksi-aksi di dalam rancangan tersebut aku anggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk bawah 18. Tetapi bagaimana rancangan sedemikian masih boleh melepasi piawaian Astro tambahan pula pada channel 715 (channel untuk budak setengah matang/ANIMAX). Adakah Astro begitu dahagakan traffik seperti aku?

Apa yang ada pada rancangan tersebut?
Rancangan ini menjadikan manusia sebagai bahan eksperimen untuk menilai kualiti sesuatu produk. Walaupun bagaimanapun, cara menjalankan eksperimen menunjukkan kebodohan orang Jepun.

Tambahan pula, terdapat beberapa eksperimen yang dijalankan dalam keadaan bogel. Nasib baiklah, masih d’isensored’ perkara yang tidak sepatutnya dengan teknik grafik.

Mungkin rancangan ini tidak seganas atau sebodoh Fear Factor Japan, tetapi unsur kebodohannya masih keterlaluan bagi aku. Sekurang-kurangnya Fear Factor Japan tersebut tidak disiarkan di TV. Jika ada yang masih juga ingin mencarinya di internet, suka hati merekalah.

*Boleh tengok di youtube salah satu babak Super Big Product Fun Show (aku masih tak tahu bagaimana hendak memasukkan video youtube ke dalam post. Ada sesiapa sudi ajarkan?)

6 Responses to “Super Babi Product Fun Show”

  1. zool says:

    Entah.. aku tengok iklan pun dah nampak kebodohan citer tu..

    Nak masukkan video youtube..
    Ko cari yang ada perkataan
    Ko copy n paste je.. Kalau tak paham boleh emel aku.. Nanti aku tunjuk secara grafik

  2. titan says:

    aku memang ada tengok iklan cite tu. memang lawak tu menjadi tarikan utk cite diorang. kalau tak, takde orang nak masuk tengok cite tu..

  3. Azah says:

    salam…tumpang tnya cket bleyh???klau nak pkai .co.cc tu..camne nak buang yg “powered by co.cc” and camne nak letakkan favicon sndiri???

    :)

    peace, no war!

  4. Azah says:

    opss…lari tajuk pulak..haha…x tgk astro la..umah x letak astro… (miskin je… :( )

  5. MaxMonic says:

    @Zool: Paste perkataan ni ke “www.youtube.com/watch?v=ViDN6ehauug”

    @Titan: Dah nak macam Japan fear factor dah aku tengok

    @Azah: Ko maksudkan nak buang powered by co.cc tu kat bahagian Title ke? Kalau guna wordpress, ko pergi dekat Setting > General Setttings > Blog Title.

    Kalau kat footer tu maksud die ada kaitan ngan template. Tapi biasanye benda ni jadi kalu ko guna hosting percuma je. Hosting percuma tu dah integratekan skrip tertentu pada fanstastico die supaya tambah link kat footer.

  6. titan says:

    japan fear factor? diorang dapat duit ke kat cite tu? aku tak tengok lagi. aku cuma sempat tengok iklan diorang aje..fear factor dapat duit. berbaloi gak apa..

Leave a Reply

CommentLuv badge