Subdomain vs Folder

Posted by MaxMonic

Overview:

Bagi yang ada website sendiri, korang tentu selalu pening kepala sebab tak tau nak pilih di antara subdomain atau folder untuk meletakkan laman anda.

Bagi yang tak tahu, subdomain kelihatan begini; blog.mrr2.com manakala folder pula kelihatan begini; mrr2.com/blog.

Yang mana lebih baik untuk SEO? Subdomain atau folder? Isu ini selalu dibahaskan dan aku rasa kedua-duanya mempunyai kelebih-kurangan (shortcut utk ‘kelebihan dan kekurangan’) sendiri.  

1.Sekiranya korang pilih nak gunakan folder:
-Cara ini berguna sekiranya site korang dibina atas sebab online real estate (iaitu untuk domain marketing). -Logiknya, dengan menggunakan folder, segala link di dalam site tersebut akan tertumpu pada satu domain. Maka memudahkan lagi proses menaikkan pagerank.
-Contoh sebenar ialah blog earncent.com/blog yang didirikan menggunakan folder. (earncent.com dan earncent.com/blog ialah 2 blog yang berbeza)

2.Sekiranya korang nak guna subdomain:
-Subdomain lebih cool dan lebih senang diingat. Katakanlah blog korang mempunyai forum, jadi tak perlulah korang suruh orang lain pergi ke mrr2.com/forum. Tetapi hanya bagitau pergi ke forum.mrr2.com.
-Keburukan subdomain ialah pagerank dan link untuk setiap domain akan diasingkan. Katakanlah mrr2.com mempunyai 1000 backlink tetapi forum.mrr2.com hanya mempunyai 15 backlink. Jadi tidak mustahil untuk mrr2.com memperoleh PR5 tetapi forum.mrr2.com hanya memperoleh PR2.
-Selain itu, Google menganggap setiap subdomain dan main domain ialah domain yang berlainan. Jadi, apabila subdomain korang di’penalized’, main domain korang masih lagi steady.

Ps: Samada korang menggunakan folder atau subdomain, Alexa rank korang tetap sama.

Ps: Aku masih konfius samada untuk menggunakan folder atau subdomain pada adress baru nanti. Sebab tu la aku tulis entri ni, kalau-kalau ada isu yang aku terlepas pandang. Pandangan korang amat dihargai.

2 Responses to “Subdomain vs Folder”

  1. blogusahawan says:

    salam saudara,

    walaupun artikel ni dah post lama tapi saya masi baru lgi dalam bidang ni…

    saya nak tanya,kalau sekiranya kita ingin meletakkan laman web dalam folder,folder tu kita nak letak kat ne?

    contoh:

    domain http://www.namadomain.com
    ke
    http://www.namadomain.com/lamanweb

    dah tu mcm na nak akses laman web tu?
    adakah sekiranya kita letakkan nama folder tersebut abc,bila nak akses kita taip url http://www.namadomain.com/abc?

    harap saudara dapat membantu…

    TQ :D

  2. MaxMonic says:

    Sekiranya saudara guna wordpress, agak renyah sikit sebab kena ubah value dalam mysql database jugak.

    Sekiranya tak mau kacau database, saudar boleh ikut step dibawah (agak renyah jugak).

    1.install wordpress baru menggunakan fantastico pada folder namadomain.com/lamanweb.

    2.Import post daripada wordpress lama ke wordpress baru.(Pada bahagian Tools)

    Kelemahan cara ini ialah saudara kena install semula theme, plugin dan widget yg ada pada blog lama sebelum ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge