Sebelum ni aku pernah tulis tentang bagaimana cepatnya google index site aku dan masukkan artikel aku ke dalam listing search engine mereka walaupun ketika itu aku telah mendisablekan sistem ‘ping’ pada wordpress (plugin yang akan memberitahu Google bahawa site korang terdapat pembaharuan).
Dari sini, aku membuat kesimpulan bahawa Google begitu sukakan sebuah laman yang mempunyai info-info terbaru dan masih panas.
Kejutan pertama (kecepatan indeks):
Membuatkan pendapat aku lebih kukuh ialah, walaupun artikel aku berkenaan ‘Pasta Hut‘ baru dihasilkan tidak sampai 15 minit, tetapi ranking untuk keyword ‘Pasta Hut’ berada paga page pertama dan kedudukan ke-7.
Kejutan kedua (ranking tinggi tapi kurang traffic):
Penemuan ni betul-betul mengejutkan aku kerana selama ni aku fikir ranking di google adalah berdasarkan traffic, dan untuk artikel aku berada di ranking ketujuh adalah sesuatu yang mustahil kerana pageview pada ketika itu aku rasa hanyalah satu (iaitu dari aku sendiri).
Kejutan ketiga :
Seminggu kemudian (hari ini), sekali lagi aku search keyword ‘pasta hut’ pada Google dan walaupun sudah page ke-6 aku masih belum jumpa lagi listing untuk site aku, sedangkan sebelum ni site aku pernah berada pada page pertama walaupun baru 15 minit dihasilkan.
Berdasarkan ketiga-tiga kejutan tadi, aku memperbaharui kesimpulan aku bahawa Google bukan sahaja sukakan berita baru dan masih panas, tetapi akan memberi kelebihan kepada artikel tersebut dengan meletakkannya di page pertama listing (berdasarkan keyword) selama beberapa hari. Setelah itu, barulah site korang akan dilisting semula berdasarkan traffik terkini (sebab itu la lisitng untuk artikel aku tak terjumpa-jumpa lagi sekarang).
Sekali lagi aku ingatkan, ranking listing adalah berdasarkan keyword. Ranking ketujuh itu hanyalah apabila aku search pada Google Malaysia(google.com.my) bukannya Google.com. Tambahan pula, overall result untuk keyword ‘pasta hut’ hanyalah sebanyak 2170 sahaja pada Google Malaysia. Sekiranya overall result melebihi 100’000 aku harap korang jangan la mengharap sangat untuk mendapat ranking tinggi macam artikel pasta hut aku.
Bagi aku, info ini merupakan sesuatu yang besar kerana jika kena pada caranya traffik ke site korang akan berduyun-duyun.
Bagaimana caranya? Aku tak ingin tulis tentang itu sekarang, mungkin 2 atau 3 minggu lagi…
Sekiranya korang ada cara untuk memanipulasikan cara listing Google ni, boleh kongsi bersama.

Nak tanya, macam mana cara nak setkan keyword dalam artikel kita? Keyword dengan meta keyword tu sama ke?
Erm… keyword dengan meta keyword tu lain.
1.Meta keyword ialah coding dalam html di mana korang boleh memasukkan keyword2 tertentu untuk tujuan search engine listing. Tetapi kebanyakan search engine famous seperti Google dan Yahoo sudah tidak menggunakan meta keyword untuk ranking pada searc engine.
2.Manakala keyword yang aku maksudkan ialah apa yang kita tulis dalam artikel kita. Pernah dengar tak perkataan keyword density?
Katakanlah dalam artikel kat atas, ada 500 patah kata. Dan perkataan pasta hut diulang sebanyak 5 kali. Jadi percentage keyword density untuk ‘pasta hut’ bagi artikel kat atas ni ialah 5/500 x 100.
Untuk tujuan SEO, seelok-eloknya 5-7 percent untuk keyword density. Sekiranya keyword density terlampau tinggi sehingga 20 percent, Google mungkin akan ingat yang artikel ni spam/cuba trick search engine, jadi mungkin dapat ranking yang kurang bagus untuk keyword tersebut.
Macam mana nak pilih keyword untuk dioptimizekan? Itu bergantung kepada kepada apa yang ko nak orang cari pada search engine. Seelok-eloknya pilih keyword yang selalu orang cari tapi kurang saigan.
Ada masa nanti mungkin aku akan post cara nak cari idea untuk menghasilkan artikel yang boleh dapat traffic yang tinggi dari search engine.
(harap penerangan aku ni membantu…)