Ketika search di google tentang domain parking, aku terbaca satu article tentang domain flipping. Modal sikit tapi pulangan lebih sekiranya kena dengan caranya.
Apa tu domain flipping?
Domain flipping sebenarnya mempunyai konsep yang sama dengan forex. Sekiranya forex ialah permainan tukaran matawang dunia, domain flipping pula ialah permainan yang melibatkan domain name. Hari ini anda beli sesuatu domain dengan harga yang murah, dan kemudian jual pula dengan harga yang mahal.
Pelbagai cara yang boleh anda buat untuk menaikkan nilai domain name anda:
1.Kedudukan yang tinggi di search engine.
2.Mempunyai google page rank yang tinggi.
3.Nama domain name yang pendek dan mudah diingat.
Untuk mencapai perkara di atas, site anda perlulah mempunyai ramai trafik dan mempunyai SEO atau SEF yang bagus.
Kemudian anda boleh menjual site anda ataupun domain name sahaja di http://www.sedo.com atau di http://www.sitepoint.com.
Pada mulanya aku tidaklah berminat sangat dengan domain flipping ni. Tapi baru-baru ni apabila memasuki sedo.com, aku terlihat satu auction yang tidak pernah terfikir dek benak fikiran aku. Korang tahu tak RSS? Seseorang telah membeli domain name rss.com dan kemudian telah melelong domain tersebut di sedo.com dengan harga $750,000.
Betul, $750,000. Domain sahaja, tanpa sebarang site (kerana domain tersebut hanya digunakan untuk tujuan parking sahaja sebelum ni). Korang tahu tak BlogOhBlog.com milik Bob? Site tersebut berjaya dijual dengan harga $10,000 tetapi termasuk web site.
Apa yang ingin aku katakan, sekiranya kena caranya domain flipping boleh membawa keuntungan kepada anda. Walaupun nampak mudah, usaha yang terus menerus perlu diberikan kerana tiada perkataan ‘cepat kaya’ bagi aku.
Formula aku:
Kaya + Mudah + Tanpa usaha = Scam.
*Kalau korang ragu2 sesuatu perkara tu scam atau tak, guna la formula aku ni.
[...] Hem.. jadi aku boleh paham la kenapa bankrate.com sanggup beli http://www.bankaholic.com dengan harga USD 15 juta walaupun tiada komersial value. [...]
[...] Hem.. jadi aku boleh paham la kenapa bankrate.com sanggup beli http://www.bankaholic.com dengan harga USD 15 juta walaupun tiada komersial value. [...]