Perlu baca bagi mereka yang berkira-kira atau tak nak beli hosting bebayar

Posted by MaxMonic

Aku suka menjelajah ke bahagian yang berkaitan dengan web di forum-forum maya dan seringkali aku dengar orang bertanya perkhidmatan hosting percuma apakah yang paling baik sekali.

Untuk makluman, dahulu aku pun berkira-kira samada untuk membeli hosting berbayar, hosting percuma atau berblog di blogspot sahaja. AKu tidak cadangkan hosting percuma kerana hosting percuma yang paling menarik minat aku cuma 000webhost.com. Namun, tidaklah sepuas mana kerana server selalu down dan ketika aku gunakan hosting tersebut untuk salah satu laman aku yang menggunakan Joomla, agak sukar untuk login ke bahagian Admin. Kerap kali ‘error’.

Hosting bukanlah satu masalah sebenarnya
Pada pandangan aku, hosting bukanlah satu masalah sebenarnya sekirannya tujuan korang hanya untuk blogging. Sekiranya korang tidak bercadang membeli hosting sendiri, gunalah samada perkhidmatan blog percuma di blogspot.com atau wordpress.com. Aku tak galakkan hosting percuma.

Masalahnya di sini ialah domain name yang bakal korang guna. Terdapat sesetengah blogger yang tidak mahu membeli domain name sendiri dan menggunakan domain percuma seperti .blogspot.com atau .wordpress.com. Masalah besar akan berlaku sekiranya mereka ingin berpindah ke hosting berbayar kelak. Domain name merupakan aset penting bagi blogger. Pertukaran ke domain baru merupakan sesuatu yang bodoh kerana value-value yang terdapat pada domain lama seperti pagerank, alexa Rank, SERP (search engine ranking postion) dan backlinks tidak dapat dipindahkan. Anda terpaksa memulakannya sekali lagi.

Letakkan domain anda sendiri di wordpress.com atau blogspot.com
Aku mencadangkan blogspot.com dan wordpress.com kerana perkhidmatan mereka membenarkan korang meletakkan domain name sendiri. Jadi korang boleh membeli membeli domain name berbayar yang korang minat dan ‘point’kannya ke blogspot atau wordpress.com. Jadi tiada masalah lagi sekiranya korang bercadang ingin berpindah ke hosting berbayar kerana anda masih dapat mengekalkan value domain name anda.

Import posting di blog lama dengan mudah
Sekiranya korang tidak pernah menggunakan wordpress yang dihost sendiri, aku yakin banyak yang tidak tahu bahawa korang boleh menggunakan sistem yang disediakan wordpress untuk mengimport post-post daripada blog lama korang ke blog baru (wordpress yang dihost sendiri). Memang memudahkan. Bukan setakat di blogspot dan wordpress.com sahaja, korang juga boleh mengimport posting dan komen-komen yang berada di blogdrive, typepad dan juga beberapa lagi perkhidmatan blog percuma yang terkenal.

SEF (search engine friendly) url
Kelebihan lain korang berblog di blogspot atau wordpress.com ialah ‘url’nya yang search engine friendly. Masalahnya disini, sekiranya korang ingin bertukar ke hosting baru, bolehkah SEF url itu dikekalkan? Sekiranya korang menunakan software blogging WordPress, sudah tentu ini bukan masalah kerana di bahagian Permalink korang boleh mereka sendiri bentuk URL yang korang inginkan. Untuk mengekalkan kedudukan ranking dalam search engine, korang perlu pastikan url pada setiap artikel tidak berubah.

Antara blogspot dan wordpress.com
Memandangkan blogspot dan wordpress.com kedua-duanya membekalkan perkhidmatan yang seimbang, yang manakah perlu dipilih? Sekiranya korang inginkan sistem blogging yang mantap, wordpress.com menjadi pilihan. Tetapi diingatkan, wordpress.com tidak membenarkan penggunanya terlibat dengan adsense apatah lagi paid blogging. Bagi blogspot pula, banyak yang tidak puas hati dengan sistem Komen yang ada tetapi untuk meletakkan adsense di blospot amatlah Mudah. Jadi terpulanglah kepada korang untuk memilih, samada korang ingin membuat duit atau korang mahu sebuah sistem blogging yang mantap.

Tidak cukup duit untuk beli domain?
Sekiranya korang masih tidak cukup duit untuk membeli domain, korang boleh gunakan domain percuma .co.cc seperti aku. Tetapi aku tidak galakkan kerana beberapa sebab. Di antaranya ialah domain name percuma tidak bernilai untuk dijual. Antara blog yang aku tahu berbuat begini ialah smaelz83.co.cc (menggunakan blogspot).

Kesimpulannya di sini, tidak kisahlah hosting apa yang korang guna untuk blogging tetapi yang penting ialah korang mempunyai domain name sendiri.

Rujukan:
-kenapa perlu ada hosting sendiri?
-cara menggunakan domain name sendiri di blogspot
-wordpress tak bagi letak adsense

*link untuk rujukan akan diletakkan bila aku dah jumpa sumber yang bagus

7 Responses to “Perlu baca bagi mereka yang berkira-kira atau tak nak beli hosting bebayar”

  1. shaxx says:

    tapi domain .co.cc tuh selalu down jugak…. byk blog yg guna tuh selalu aku tak leh masuk…. esok lusa baru buleh masuk… so the best, dapatkan domain sendiri dan hosting sendiri… ada hosting yg bagi free domain jugak….

  2. MaxMonic says:

    Betul tu shaxx.. Bulan lepas sampai 2 hari blog aku tak leh masuk.

    Tapi hosting yang bagi free domain tu kena jaga2 sket la. Sebab ada sesetengah tu susah nak transfer domain ke registrar lain. Jadi nak tak nak kenala berhosting kat situ selama-lamanya.

    Jadi utk aku, aku prefer beli domain dan hosting berasingan. Godaddy is one of the for buying domain. Tapi kalau nak beli kat M’sia, aku cadang mercumaya.net.

  3. cencorot_91 says:

    ada juga hosting free yg bgus..
    contohnya stonerocket.
    tgk website saya – http://sedutmp3.co.cc

    saya dah lama guna stonerocket…

  4. MaxMonic says:

    Emm… aku dah usha dah sedut tu. Tinggal nak sedut je. Cam best je.

    Bro, aku tengok adsense placement utk sedut tu cam bagus je. Terasa cam nak klik je tgn aku. Mesti tinggi income ni.

  5. lori says:

    artikel yang bagus untuk panduan blogger yang inginkan domain sendiri…

    yang free itu bagus..sebab tak perlu bayar…

    yang berbayar itu bagus sebab ianya menjadi identiti kita..

    setakat nie harga domain dan hosting di malaysia amat berbaloi lahbagi aku..tak cukup duit?simpan duit/menabunglah dulu..

  6. MaxMonic says:

    Sebenarnya artikel ni, aku fokuskan kepada blogger yang suka guna subdomain blogspot. Pastu masalah bila nak tukar ke hosting berbayar.

    Tak cukup duit? Hu.. hu.. terkena batang idung aku. Aku pun akan bertukar ke domain berbayar tak lama lagi. Co.cc ni banyak kekurangannya selain dariapada selalu down.

  7. titan says:

    hehe..aku pakai blogspot, co.cc, beli domain dan macam2 lagi. semua aku dah try. Aku ada sebab tertentu try semua benda tu. Banyak benda yg aku leh monetizekan dan tukarkan kepada duit..

    Janji, kene usaha. Ini satu lagi post menarik dari kau jimmy. :)

Leave a Reply

CommentLuv badge