
Korang mesti pelikkan tentang entri aku berkenaan OneManga sebelum ni? Mana taknya, entri-entri aku sebelum ni semuanya berkenaan dengan blogging sahaja. Sebenarnya ada penjelasan untuk entri OneManga tersebut. Kenapa mesti OneManga?
1.Google Trends:

Cuba korang lihat graf di atas. Graf di atas aku peroleh daripada penggunaan salah satu tool google iaitu Google Trends. Keyword yang aku comparekan ialah OneManga dan One Manga. Itulah kelebihan Google Trends, aku boleh membuat perbandingan sehingga 5 keywords secara serentak jika aku inginkan.
Berdasarkan graf tersebut, penduduk Malaysia merupakan pencari tertinggi untuk keywords OneManga dan One Manga. Manakala berdasarkan graf bar pula, kita tahu bahawa keywords OneManga mendapat carian yang lebih banyak daripada keyword One Manga di Malaysia.
Lebih penting lagi, graf untuk kedua-dua keywords tersebut terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini mungkin disebabkan populariti OneManga yang semakin menular. Korang boleh baca kelebihan OneManga di entri aku yang berkaitan.
![]()
Mengetahui OneManga mempunyai carian yang tinggi di Malaysia sahaja tidak cukup untuk korang memilih keyword tersebut untuk di ‘optimized’ kan. Korang juga perlu mengetahui berapa banyak persaingan yang ada untuk keyword tersebut.
Caranya korang taip sahaja keyword OneManga dan kemudian One Manga pula di Google.com.my. Lihat overall result untuk keyword tersebut di penjuru kanan search engine. Sekiranya overall result tidak melebihi 100’000, keyword itu mempunyai peluang yang besar untuk mencapai ranking tinggi dalam search engine.
Cuba tengok pada gambar, overall result untuk OneManga ialah 3960 manakala untuk One Manga pula ialah 87’700. Kesimpulannya keyword OneManga amatlah sesuai untuk di ‘optimized’ kan di Malaysia, berbanding One Manga atau Manga. Mengapa? Cuba lihat, OneManga mempunyai carian yang tinggi tetapi persaingan yang sangat kurang. Sedangkan One Manga mempunyai carian yang kurang sikit daripada OneManga tetapi persaingan yang begitu tinggi.
3.Keyword density:
Memandangkan aku bercadang untuk meng’optimized’kan keyword OneManga, di artikel tersebut aku telah mengulang perkataan OneManga beberapa kali supaya keyword densitynya bertambah.
Keyword density ialah peratus sesuatu keyword diulang dalam sebuah artikel. Katakanlah aku mengulang perkataan OneManga sebanyak 10 kali dan jumlah perkataan di dalam artikel tersebut ialah 100. Maka keyword density aku ialah 10 peratus. Keyword density yang sebaik-baiknya ialah antara 5 hingga 7 peratus. Sekiranya berlebihan, Google Bot mungkin akan menganggapnya sebagai keyword stuffing atau spam.
Untuk makluman, artikel aku berkenaan OneManga tersebut masih tidak diindeks hingga ke hari ini, tidak seperti artikel-artikel aku yang lain yang mengambil masa kurang 2 jam sahaja. Mungkin kerana keyword densitynya terlampau tinggi dan disalah anggap sebagai spam.
Walaubagaimanapun artikel ini turut tersenarai dalam page pertama SERP (search engine ranking position), kerana main page blog ini masih diindeks dan introduction untuk artikel tersebut masih terdapat di main page.
4.Penggunaan h1 atau h2:

Ini merupakan salah satu cara untuk SEO. Jadi sengaja aku menggunakan coding h2 pada keyword manga. Kotak berwarna coklat tersebut adalah hasil daripada penggunaan h2. Kononnya, penggunaan h1 atau h2 membuatkan sesuatu keyword itu kelihatan penting. Tiada siapa yang pasti kebenaran perkara ini, tetapi tidak salah mencuba.
Jadi kepada sesiapa yang tak pernah guna lagi Google Trends tu boleh la main teka-teka keywords untuk cari keyword yang banyak hits tapi kurang persaingan.
Akhir sekali, doa-doakan lah semoga entri aku kali ini diindeks untuk kedua-dua keyword OneManga atau One Manga (hu.. hu.. ada maksud rupanya entri aku ni).
Coming Soon:
Esok- Kenapa korang perlu submit artikel ke negaraku.net. Apa kaitannya dengan One Manga?
Lusa- Melayu sudah tidak suka kelucahan… Betul ke? Nantikan kupasan aku.

Oh.. Oh.. Aku baru je check balik utk keyword OneManga kat Google selepas publish artikel ni. Alhamdulillah, entri tersebut telah diindeks Google akhirnya. No.4 di SERP.
*Oh.. lagi satu, idea untuk entri ni aku dapat daripada Titan. Harap tak kisah.
owh..yang part no.1 tu baru kutahu apa gunanya..seblom ni duk pening pk apenda la mendalah tu..thanks bro..
p/s:camne lak nak tahu page tu dah diindeks ke blom?
1.Guna tools yang ada. Tools ni boleh beritahu sekali kita punya ranking dalam search engine Google untuk sesuatu keyword. Tetapi kena pakai API (yang ni aku kurang pasti, sebab tu aku tak guna cara ni)
2.Contoh untuk artikel ni, aku search kat Google ‘penerangan berkaitan onemanga hartaweb’. Masukkan sekali nama blog ko.
Sekiranya dah diindeks, akan keluar le result.
hehe. bocor dah satu keyword mahal nih..haha..
ini keyword ke 3-4 yg active setiap bulan di blog aku tuh..
takpe. takde hal punya. haha..
Nasib baik keyword ni segenre dengan aku.. Kalau nak wat artikel pasal b**uh m** (aku tak nak bocorkan keyword ko), memang tak de idea la aku.
Thanks bebanyak Titan.
*Aku menantikan keyword2 baru dari engkau.
haha..banyak keyword wanted. Janji pandai main seo. Senang je leh masuk first page kat search engine. Lagi-lagi kalau takde orang kacau..hoho!
Ha ha.. jangan risau. Lain kali kalau aku dapat keyword masyuk aku kongsi la. Win win situation maa…
*Ada sesapa tau tools apa yang boleh digunakan untuk cari keyword yang banyak hits/carian tapi kurang saingan?