PC aku sihat kembali… Amin

Posted by MaxMonic

Hari ni merupakan hari yang menggembirakan bagi aku. Pukul 8.00 pagi semalam, “pembangunan” aku dari tidur membawa mimpi buruk kepada aku apabila PC aku tidak boleh diboot.  Camne pun aku tak lah terkejut sebab PC tu dah seminggu aku tak tutup… desktop la katakan.

Pada petang kerosakan, aku bertungkus lumus cuba untuk merepair sendiri komputer aku walaupun aku tahu aku belum tentu dapat menyelesaikan permasalahan sebegini. Namun semangat aku membara kerana dengan merepair PC aku sendiri, aku dapat save dari hantar ke kedai menambahkan lagi ilmu berkenaan hardware di dada aku.

Cubaan pertama aku gagal… setelah mencabut semua komponen dan pasang balik. Aku membuat hipotesis awal bahawa Motherboard adalah dalangnya. Hari ini aku cuba lagi, dan aku ternampak sedikit perubahan. Heatsink fan dan kipas power supply berfungsi tetapi komputer masih belum berjaya di boot. Melihat akan fenomena ini, aku memperbaharui hipotesis aku bahawa chip BIOS pada mobo aku rosak.

Dan beberapa minit kemudian, setelah godek2 lagi. Aku tertekan ram aku dengan kuat dan kemudian barulah PC aku berjaya di boot… Ooo.. rupa-rupanya ram aku terlonggar sedikit. Alhamdulillah, aku dah risau bahawa aku tak dapat membaca mangaonline terbaru mengupdatekan blog aku minggu ni.

Apa yang aku pelajari hari ni ialah, untuk berjaya kita memerlukan banyak usaha dan sedikit nasib. Ini membuatkan aku semakin berkeyakinan untuk meneruskan impian aku untuk berjaya dalam perniagaan internet.

Kat bawah ni merupakan spec PC aku. Walaupun tak mantap, tapi still ok jugak walaupun aku kadang2 tak tutup sampai seminggu.

Mobo: Albatron PX-865 PE lite Pro

Processor: Intel Pentium 4 2.6GHz (overclock sampai 2.8 GHz)

Ram: DDR1 1Gb

Hdd:500GB seagate Sata-II

Aksesori :Tiada (guna kipas biase je…)

Harga CPU:RM500 (secondhand)

Monitor: 15″ LCD samsung Syncmaster (second hand dibeli dgn harga RM130)

*Untuk CPU aku, aku beli second hand je sebab nak jadikan test subjek. Sebelum beli PC ni, nak format PC pun aku tak tau. Sekarang siap dah boleh repair + buat website sendiri lak tu.. Syukur.

*Monitor pulak aku baru upgrade pasal aku ade baca bahawa LCD menggunakan power yang jauh lebih sikit drpd CRT monitor justeru dapat mengurangkan bil elektrik dengan drastik.

Mula aku nak beli baru je LCD tapi tokey kedai kata, 15″ inci dah tak dikeluarkan dah sekarang. 17″ inci je yang ada. Ha ha.. meja studi aku pun dah cukup serabut dah… ni tambah LCD besar-besar. Makin serabut le kalau aku sambar 17″ jugak.

One Response to “PC aku sihat kembali… Amin”

Leave a Reply

CommentLuv badge