Untuk pengetahuan korang, aku ni merupakan salah seorang otaku manga. Walaupun aku suka baca manga, tapi aku jarang tengok anime (mungkin sebab anime lembab berbanding manga). Andai kata korang macam aku jugak, tentu korang tertanya-tanya di mana aku mendapatkan sumber-sumber manga terbaru untuk dibaca.
Bagi aku, onemanga.com merupakan tempat terbaik untuk membaca manga secara online.
1.Onemanga ada one piece, naruto dan eyeshield yang terlatest
Memanglah terdapat banyak lagi laman yang boleh digunakan untuk membaca manga secara online tetapi hanya di Onemanga sahaja anda boleh mendapat manga-manga hangat dan top seperti One Piece, Naruto dan Eyeshield 21. Kebanyakan laman-laman lain memang ada manga-manga berikut, tetapi kesemua tidak up-to-date seperti OneManga.
2.Onemanga menjaga kebajikan pembaca
Bagaimana Onemanga mendapat ‘income’ melalui laman ini? Sudah tentu dengan adsense. Bayangkan untuk membaca manga secara online, korang perlu tekan next dan diredirect ke page seterusnya. Bayangkan sekiranya sesuatu episod manga mempunyai 20 mukasurat, berapa banyak yang boleh diperoleh melalui CPM (cost per thousand impressions) sahaja?
Walaupun OneManga menggunakan adsense untuk memperoleh income, tetapi mereka tidak terlalu obses untuk beriklan. Setiap kali mereka ingin meletak atau menambahkan iklan, sudah tentu mereka akan menanya pandangan pembaca samada iklan yang ditambah akan mengganggu mereka. Ini untuk memastikan pembaca sentiasa selesa berada di laman OneManga dan bukanlah seperti berada di sebuah pusat pengiklanan.
Kadangkala, terdapat juga sesetengah iklan yang berada di Onemanga loading begitu lambat dan membuatkan pembaca menyirap. Onemanga memandang serius isu ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan iklan sebegini daripada laman mereka.
3.Sistem RSS pada Onemanga
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya tiada butang RSS di Onemanga dan tiada juga tempat untuk mensubscribe di Onemanga. Tetapi sekiranya korang menggunakan Opera, sudah tentu korang boleh nampak ikon RSS di sebelah kanan adress bar Onemanga. Klik sahaja ikon tersebut untuk mensubscribe Onemanga. Sekiranya, OneManga terdapat sebarang update terbaru, Opera akan menginformkan anda dengan menyiarkan notification. Sekiranya anda ingin melihat kembali senarai notification-notification yang lama, anda boleh pergi ke bahagian Feeds di Opera.

![]()
4.Forum di Onemanga begitu aktif
Sekiranya anda berminat untuk berkongsi cerita mengenai manga dan membincangkan isu-isu terbaru berkenaan manga, OneManga merupakan tempat yang sesuai untuk berbuat demikian. Ini kerana laman ini mempunyai bilangan ahli melebihi 30’000 orang dan jumlah ahli yang Online pada setiap masa mencecah 3000. Itu baru ahli, belum termasuk lagi dengan pelawat-pelawat. Jadi korang bayangkan tak berapa banyak yang mampu dicekau Onemanga setiap bulan melalui adsense sahaja?
Kelemahan onemanga
Kelemahan terbesar OneManga sudah tentulah kerana korang tidak boleh mendownload manga dari laman ini. Baca secara online je boleh. Sekiranya korang ingin download juga, korang boleh pergi ke laman seperti Stoptazmo atau Null. Malangnya, korang tidak akan berpeluang mendownload manga-manga terlatest. Jadi, nak atau tak nak terpaksa juga baca di OneManga.
Cara nak download cepat dari Onemanga
Sebenarnya aku bukanlah suka baca manga secara Online kerana internet di tempat aku bukanlah laju sangat. Jadi nak baca manga pun tak feeling. Jadi apa yang aku buat ialah aku save terlebih dahulu setiap mukasurat dalam suatu folder. Tapi aku bukanlah rajin sangat sampai nak savekan setiap page.

Nasib baik ada Opera. Dengan Opera aku hanya perlu pergi ke Transfer dan masukkan location mukasurat pertama sesuatu episod di bahagian Quick Download untuk didownload. Untuk makluman korang, korang hanya perlu mengubah nombor mukasurat sahaja untuk mendownload mukasurat seterusnya (struktur adress yang lain kekal sama). Jadi dalam masa tak sampai dua minit, korang sudah habis mendownload satu episod. Kini korang dapat membaca manga secara smooth di PC sendiri tanpa perlu menunggu loading iklan adsense dan sebagainya.
Sebab tu aku sayang Opera (sebab-sebab yang lain kenapa aku suka Opera akan didedahkan kemudian hari).
*Untuk membaca manga di PC aku cadangkan korang guna software PicWalker. Tetapi memerlukan sedikit perubahan pada setting sekiranya hendak result yang mantap.


Aku pun suka onemanga..
Tapi kalau ko jenis yang selalu download manga aku cadangkan mangashare.com
site ni selalu update untuk manga top.. Naruto, Onepiece, Bleach, eyeshield
Lagi senang download guna rapidshare, megaupload..
tapi masing2 punya cara
Pade aku, lebih bace online je. Sebab kalau download nanti sayang gile nak delete
Ha.. ha.. Artikel ni sebenarnya aku nak test skill SEO je untuk keyword onemanga.
Lain kali aku akan buat entri penjelasan untuk artikel ni..
tapi tak tau la, artikel ni cam tak diindeks google je. Tak macam artikel2 aku sebelum ni, laju je.
Keyword density utk onemanga tu tinggi sgt kut.. nampak cam spam je.
[...] aku sebelum ni semuanya berkenaan dengan blogging sahaja. Sebenarnya ada penjelasan untuk entri OneManga tersebut. Kenapa mesti OneManga? 1.Google [...]
aku pn ada buat satu post berkaitan onemanga..
http://jomphp.com/web-untuk-baca-manga-online.html
aku tak tau pasal onemanga nih. tapi kawan aku yg bagitau. so..sejak tu sampai la nih. aku layan. nak download anime, berat gila. dan kene tunggu berhari-hari baru abis download kat torrent. so, onemanga adalah satu solution terpantas dan menjimatkan masa..
weh. jangan bold banyak sangat perkataan onemanga tu. nanti bot detect ko spamming. 3 kali dah cukup la..
@Cyberfly: Aku dah tau pasal artikel ko lama dah. Ranking ke-3 untuk keyword ‘OneManga’ waktu aku tengah kaji keyword ni.. Pergh jeles aku waktu tu.
Tapi sekarang situasi dah berubah, negaraku.net (serp 1), earncent (serp 3), aku (serp 5), jomPHP(serp 6)… ha ha, ko dah pegang lama dah takhta tu. Kasi aku pulak ye.
@Titan: Lama gila aku tunggu artikel ni diindeks, dekat 2 minggu. Mula2 memang google dah detect spam dah aku rasa. Info baru utk aku ni.
aku dengar ada orang kata klu nak bold keyword yg sama, biar 3-4 kali je. lebih-lebih, depa cop ko spamming. Haha..