Keyword Melayu Bogel dan Melayu Boleh sudah tidak relevan

Posted by MaxMonic

AMARAN: Artikel ini perlu dibaca secara puitis dan slow motion

Sudah bertahun-tahun aku memegang kepercayaan bahawa keyword ‘melayu bogel’ dan ‘melayu boleh’ merupakan keyword yang panas dan menjadi rebutan ramai. Aku ternampak potensi yang ada pada keywords tersebut dan aku percaya keywords ini akan terus maju dari tahun ke tahun di sebabkan permintaannya yang terus meningkat.

Tetapi baru-baru ini aku kecewa. Harapan aku yang tinggi menggunung suatu ketika dahulu hancur berkecai. Cuba lihat graph untuk keyword ‘melayu bogel’ dan ‘melayu boleh’ berdasarkan Google Trends.  

Permintaan untuk keyword ‘melayu bogel’ semakin lama terus merosot dan aku tak pasti bagaimanakah kesudahannya selepas ini. Adakah era ‘melayu bogel’ semakin sampai ke penghujungnya?

Manakala untuk keyword ‘melayu boleh’ pula menunjukkan prestasi yang tidak konsisten. Sekejap turun, sekejap naik. Seolah-olah terdapat suatu irama dan rentaknya yang tersendiri.

Lantas aku terus men’zoom’kan graph ‘Melayu Boleh’ bagi tahun 2008 supaya aku boleh mengkaji irama dan rentak si dia dengan lebih terperinci. Jantung aku berdegup kencang dan semakin laju. Aku tak percaya perkara ini berlaku…

Cuba lihat, keyword ‘melayu boleh’ yang merosot secara tiba-tiba mencapai kemuncaknya pada bulan Oktober. Tahukah mereka bahawa bulan itu bulan mulia. Ramadhan Al-Mubarrak. Adakah nafsu kita semakin meningkat setibanya bulan Ramadhan? Puasa di siang hari, dan kala malam pula ‘melayu boleh’. Yeh.

Kesimpulan aku berkenaan kemerosotan keyword terbabit:
1.Semakin berkurangnya pengaruh pornografi dalam minda Melayu.
2.Kegiatan membanteras laman-laman lucah sedang di Malaysia sedang rakus dijalankan.
3.Buat apa nak search dah. Semua alamat dah melekat dalam kepala.

SEKIRANYA ANDA TIBA DI ENTRI INI HASIL DARIPADA CARIAN ‘MELAYU BOLEH’ ATAU ‘MELAYU BOGEL’, INSAFLAH KAWAN. BANYAK LAGI YANG BOLEH DICARI.

9 Responses to “Keyword Melayu Bogel dan Melayu Boleh sudah tidak relevan”

  1. MaJa says:

    bila ko buat post ni.. baru aku sedar.. dah lama rupanya aku x search benda2 mcm tue..

    sebab mmg da dalam kepala beb..

    hehe

  2. shaxx says:

    melayu dah tak bogel lagi ke?

  3. umar says:

    hahaha..
    alamat dah melekat dalam kepala
    takleh bla

  4. AliF says:

    wakakaka..ko boleh terpikir nak post benda nie..
    jangan beb..nanti ade orang yang bogelkan diri plak..huhuhu

  5. erisa says:

    chop, ikut graf tu..bulan Oct meningkatnya.
    Puasa adalah pada bulan September. Jadi kesimpulannya nafsu meningkat selepas makan ketupat dan lemang???

    Jeng jeng jeng

  6. Pengguna sudah hafal nama jurubogel, jadi tak perlu dikaitkan dengan etnik

  7. sufian says:

    mungkin keyword tu dah banyak sangat saingan… :0

  8. MaxMonic says:

    @Erisa Pose bulan September rupanya. Baru aku paham sekarang. Dah tahan nafsu tu sebulan. Sebab tu melonjak bulan Oktober.

  9. zack says:

    melayu dah tak suka bogel ler….

Leave a Reply

CommentLuv badge