Kelemahan free domain co.cc

Posted by MaxMonic

Pada entri aku sebelum ni, aku menyatakan kehairanan aku mengapa Alexa men’rank’kan sesetengah subdomain blogspot sahaja dengan betul. Itu pada blogspot, bagaimana pula dengan co.cc?

Samada di co.cc atau pada domain berbayar anda sendiri, setakat ini aku lihat Alexa tidak men’rank’kannya mengikut subdomain masing-masing tetapi menggabungkan kesemua traffik yang diterima semua subdomain.

1.Tidak boleh memeriksa ranking Alexa anda
Aku amat mementingkan ranking Alexa kerana aku dapat melihat kemajuan blog ini. Memandangkan aku guna co.cc, memang mustahiluntuk aku melihat ranking Alexa untuk blog ini kerana apa yang terpapar ialah ranking laman co.cc sendiri.

2.Domain co.cc tidak boleh dijual
Anda tidak berhak untuk menjual subdomain co.cc yang anda gunakan. Tambahan pula, subdomain co.cc tiada nilainya di pasaran domaining.

3.Selalu down
Bulan lepas, co.cc menyebabkan blog ini tidak boleh diakses selama 2 hari. Fuh, lama tu. Berbulu gak aku tunggu elok balik.

Blog ini aku dirikan di atas co.cc kerana aku tidak kisah sangat tentang no.2 dan 3. Tetapi setelah beberapa lama menggunakannya, baru lah aku sedar akan no.1 ini. Jadi dalam masa terdekat ini aku akan berpindah ke alamat baru iaitu Jimmy.mrr2.com.

10 Responses to “Kelemahan free domain co.cc”

  1. titan says:

    ada kegunaan co.cc untuk banyak perkara. Tapi kalau nak jual domain. Sudah tentu co.cc tidak digalakkan. Aku lebih prfer jika pakai domain dot com atau dot net.

    Tapi, aku ada sebab untuk menggunakan co.cc dengan galaknya. Haha..

  2. MaxMonic says:

    Aku rasa aku tahu satu sebab daripadanya.. Tapi kurang sesuai utk dinyatakan. Ha ha.

  3. kujie says:

    ada juga guna satu blog akaun co.cc
    masalah yg serupa, tapi bkn yg no 1
    blog tu hanya utk catatan peribadi..

  4. Azah says:

    buat theme sniri??huhu…niat di hati mau…tapi x reti lorh…haha…knape??berkenan ke ngan theme tuh??
    hee…
    cckmpp??? erm adakah itu bermaksud cyber cafe kmpp?? haha…

  5. Adil says:

    aku rasa itu bergantung pada trafik yg dtg pada sesebuah blog. tidak semestiinya sub under blogspot xda alexa ranking. kalo blog kurang trafik maka tiada la tersenarai dlm alexa ranking. firasat aku la…

  6. izzat says:

    alexa pada ak memilih..hehhee.. ada website die rank, ada x rank..sebenarnya kalo x silap ak, x kesah la domain tu sub ke TLD ke… bila trafik smp satu tahap, alexa akan capture..then time tu dia x refer dah trafik dari main domain eg. blogspot.com (rank:9) tu…setahu ak la..x sure gak.. :D

  7. MaxMonic says:

    @Azzah : Jangan dedahkan emel aku sesuka hati.. Private tu. Hu hu. Nanti
    disamar orang.. Bahaya tu.

    @Adil : Emm.. aku tak pernah terfikir pun pasal tu. Ada logiknye gak.

    @Izzat: Cuba check rank untuk lowyat.net dan forum.lowyat.net. Walaupun memang dah famous kedua-duanya, tapi masih berkongsi Alexa rank.

  8. Taukey says:

    aku ada dua blog adsense untuk co.cc. Yang paling aku tak suka adalah selalu sangat down. kalau sekali sekala takper gak. ni selalu berlanjutan kepada berhari hari. sebab tu aku ambil keputusan beli domain dan buat blog adsense kat situ

  9. Mohd Ismail says:

    beli la satu domain baru dgn nama sendiri.. x sampai RM30 pun.. =) guna coupon GoDaddy tu.. lg la murah.. he he

  10. MaxMonic says:

    Blog dengan nama sendiri memang bagus sebab ada identiti kita yang sendiri. Tapi drawback dia sukar untuk di jual. Melainkan nama tersebut betul2 umph cam raymond.cc.

    Aku memang tak bercadang nak flipping blog ni. Sebab tu aku cadang guna co.cc je. Blog ni sekadar pure blogging.

Leave a Reply

CommentLuv badge