Aku cukup benci dengan fortiguard di kampus aku. Mana taknya, hampir semua site hendak di block nya. Lebih teruk lagi, sesetengah blog juga telah di salah rank ke kategori yang tidak bersesuaian membuatkan aku tidak dapat mengakses setengah blog. Tetapi kelmarin aku telah tahu bahawa kategori itu boleh di ubah. Tetapi perkerja fortiguard akan menyemak sesuatu laman terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya sebelum membuat perubahan.

Itu baru satu. Aku juga cukup pening kepala dengan masalah server. Aku acapkali meninggalkan komen melebihi 3 baris setiap kali membaca entri-entri yang menarik. Bayangkan apa yang aku rasa apabila 4 daripada 5 komen yang aku post tidak berjaya. Membuatkan aku semakin malas berblog hopping kebelakangan ini. Aku hanya mampu membaca sahaja tanpa meluahkan idea-idea yang terbuku. Geram gila.


Walaubagaimana pun, isu ini jarang timbul sekiranya aku ‘login’ terlebih dahulu dan meninggalkan komen. Aku tidak tahu kenapa. Oleh itu aku telah berdaftar di beberapa blog kegemaran aku supaya aku boleh login dan meninggalkan komen.
sama kes macam u ak la..block ikut suka ati je.. web adsense ngan feedburner pun nk block..siot tol.. seb baek skrang dah duk luar..tenang hati..huhaua
Ha ha.. feedburner pun nak block ka..
Apa dengki punya kes daa..
wah3x…aku terdipromotekan…hehe..
tapi, adakah masalah tu brpunca dr blog aku???
Bukanlah. Bukan problem dari hosting. Masalah server kampus.
huuu. belog Extremist Thinker akoo http://blog.thinker.my pun kena bang ngan fortis. skang akoo belog di Sweet Thinker. hoyee!
ko try pakai proxy. leh masuk tak?
Uii.. boleh memang bole. Tapi kena block port bilik aku kang, naya je. (Bilik aku dulu pernah kena block tak pasal2 je. Mungkin ade org guna ip bilik aku sebagai IP proxy.)