Kedai online menarik

Posted by MaxMonic

Kedai online samalah seperti kedai-kedai yang lain iaitu untuk menjual barangan cuma barangan dijual secara maya di internet. Kini, kedai online (online shop) semakin menjadi pilihan memandangkan anda tidak perlu mempunyai kedai sendiri.

Kaedah menjual barangan secara virtual juga dikenali sebagai E-Commerce ataupun E-Dagang.

Contoh-contoh kedai online di Malaysia

Anda ada online shop yang lain dari yang lain? Masukkan di ruangan komen. Sekiranya sesuai, aku akan masukkan ke dalam senarai di bawah.

Software atau script untuk online shop

Terdapat banyak skrip atau software percuma untuk membina kedai online anda. Tetapi kemahiran tertentu diperlukan bagi proses-proses ini. Sebab itulah cas untuk membuat kedai online agak mahal. Contoh skrip yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

  • Zen Cart
  • X-Cart (commercial)
  • Cube Cart
  • OS Commerce
  • WordPress (WP E-Commerce plugin)
  • Joomla (Virtue Mart component)

Masalah-masalah kedai online di Malaysia

  • Kurangnya kepercayaan pengguna untuk membayar duit secara online. Sungguhpun begitu masalah ini semakin berkurang berdasarkan penambahan rakyat Malaysia yang sudah mula terdedah untu membeli di Lelong.com.my mahupun Lowyat.net.
  • Tidak tahu menarik trafik. Pengusaha kedai online perlu pandai untuk menarik pelawat yang berkualiti iaitu pelawat yang boleh bertukar menjadi pelanggan. Salah satu cara adalah dengan melawat forum-forum maya yang berkaitan.
  • Tidak mahu melabur lebih. Sekiranya anda serius untuk membuka kedai online, tidak salah untuk melabur untuk Adwords (pengiklanan di Google). Berdasarkan buku Rahsia Jutawan Internet nukilan Irfan Khairi, pengiklanan merupakan senjata utama untuk berjaya di medan maya.
  • Menjual sesuatu yang terlampau banyak saingan. Berbanding menjual sesuatu yang popular seperti barangan computer, anda boleh cuba menjual sesuatu yang kurang saingan tapi masih ada permintaan.

Anda mempunyai kedai online?

  • Masukkan nama website dan jenis kedai online di ruangan komen atau
  • Promote kedai online anda di direktori perniagaan shoppy.com.my edirektori.net

Anda ingin memiliki kedai online?

Anda boleh belajar sendiri berdasarkan silibus ‘How to make a website‘ atau menggunakan servis dari laman di bawah.

Ps: Aku tak ber’affiliate’ dengan mana-mana syarikat di atas. Sebarang urusan, terus hubungi mereka di laman yang berdekatan.

8 Responses to “Kedai online menarik”

  1. Zam says:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana sudi review shopping cart yang ada dilaman web saya.Itu laman web patern lama dah 2 tahun saya guna tapi sekarang tak aktif lagi.Tapi kalau tuan rumah rajin update la dengan shopping cart terbaru saya.Penuh dengan ciri-ciri terkini dan sesuai sangat-sangat untuk peniaga internet.
    Contoh shopping cart terbaru dari saya: http://www.niaga24jam.com/extra/

    Terima kasih sekali lagi..dan selamat majuajaya

  2. MaxMonic says:

    Okeh, sudah update.

  3. jyjoy007 says:

    sonoknyer…..baru je nk berjinak2 nak jual keropok Trganu. camner nak tarik prg tgok blog kiter? leh tnjuk cara nye tak?..bleh la…bleh la…nati org pos kropok FREE..hihihihihi……keropok.!!….keropokk…!!!…sekilo RM20…!!!! beli…beli!!!

  4. admin says:

    online shopping all

  5. sam says:

    shopping mall online, mtv video, games, product

  6. SHOP RARA says:

    kami menjual barangan korean fesyen.kami juga memcari agen atau pembeli borong untuk barang2 kami terutama mutiara@pearl dgn harga yang murah..
    berminat boleh e-mail shop.rara@yahoo.com

  7. menjual produk kecantikan,pelangsingan etc pd harga berpatutan..tnyaporn murah pd harga RM65..free postage..ada sale smpena sehingga 31 Mei..

  8. izwanizzati says:

    Salam..aiii,sy menggunakan sistem kedai online..jemput lawat ye (^_^)

Leave a Reply

CommentLuv badge