Awas dengan domain percuma Co Dot CC

Posted by MaxMonic

Overview:

Sebelum ini aku menyangka bahawa Co.cc merupakan sebuah laman terbaik untuk mendapatkan domain percuma. Tetapi nampaknya aku tidak melakukan kajian yang secukupnya.

Salah sebuah domain aku yang menggunakan servis Co.cc ialah Hartaweb.co.cc. Baru-baru ini aku membuka akaun co.cc dan alangkah terkejutnya apabila mengetahui aku perlu membayar USD 3 untuk renew domain tersebut selama setahun, USD 5 untuk dua tahun, USD 7 untuk 3 tahun, dan USD 9 untuk empat tahun.

co cc is not free domain

Adakah semua domain co.cc juga mempunyai renewal caj yang sama? Sebenarnya tidak, malahan mereka sudah terang-terangan memaparkan gambarajah tentang ini di main page. Cuma ramai yang kurang peka.

Caj USD 3 hanyalah untuk mereka yang menggunakan servis domain percuma ini untuk tujuan commercial iaitu perkara-perkara yang boleh membawa duit poket. Sekiranya anda tidak menggunakan domain ini untuk pengiklanan, maka renewal fee untuk domain tersebut masih lagi percuma.

co cc domain service fees

Walaubagaimanapun, aku agak kagum bagaimana mereka dapat mengesan samada sesuatu laman itu terlibat dengan commercial atau tidak.

Kesimpulannya,

4 tahun Co Dot Cc = Setahun Dot Com

Jadi adakah masih berbaloi untuk korang dapatkan domain percuma Co Dot Cc untuk tujuan komersial? Tepuk dada, tanya selera. Tetapi bagi aku, lebih baik sambar sahaja domain Dot Info murah di Godaddy. USD 1.99 sahaja setahun.

Ps: Disebabkan domain Hartaweb.co.cc akan expired pada 14 Oktober ini, aku mengambil keputusan untuk mencubanya pada adsense for domain yang di sediakan Google.

5 Responses to “Awas dengan domain percuma Co Dot CC”

  1. MrTungau says:

    oh ya ker.. saya pun ada menggunakan perkhidmatan domain percuma ni.
    tq 4 sharing this

  2. azwan says:

    bro. benda ni kan dah memang terang terangan ada dinyatakan masa kita nak register domain yang kita minat.
    tak baca dulu eh. ni mesti ghairah nak dan idea tengah banyak masa tu n tak ingat nak baca pun

  3. MaxMonic says:

    Memang terang-terangan dah bagi tau, tapi aku yakin mesti ramai yang tak peka (cam aku la tu) .. hu hu..

  4. titan says:

    aah. kene renew. Kalau nak teruskan, renew aje. Tanak..gi buat yang baru. Yang baru free aje..yang lama kalau nak renew, kene bayar la. haha..

  5. MaxMonic says:

    Hu hu.. Kalau PR 0 tak kisah nak buat baru.. Tapi PR2 ni sayang pulak.

    Tapi nak bayar USD 3 pun sayang.. ha ha.

Leave a Reply

CommentLuv badge