Aku memang rajin melakukan research berkenaan keyword-keyword yang hangat di pasaran melalui tool Google. Keyword yang akan di dedahkan kali ini memang sesuai untuk di ‘optimize’, memandangkan bilangan saingan pada search engine yang tidak melebihi 100 ribu.
Sekiranya korang masih kurang tahu tentang SEO, bolehlah dahulu baca entri berkenaan SEO supaya keyword yang aku dedahkan mampu korang optimakan untuk mendapat traffik dari search engine.
Keyword pertama: Erra
Itulah dia, Erra. Keyword ini mempunyai purata carian sebanyak 100 ribu setiap bulan pada Google (di filterkan untuk negara Malaysia sahaja).Tambahan pula overall result untuk keyword ini hanyalah 96 ribu. Memang mudah untuk artikel korang muncul di first page SERP bagi keyword “Erra”.
Erra Fazira atau Era FM?
Cuma persoalannya, artikel tentang apa yang perlu ditulis? Adakah Erra yang dicari benar-benar merujuk kepada Erra Fazira ataupun sebenarnya merujuk kepada Era FM? Boleh jadi ada yang ingat bahawa Era FM dieja Erra FM.
Jadi, sekali lagi kajian di lakukan pula untuk keyword “Era”.
Keyword kedua: Era
Nampaknya keyword “Era” juga mendapat permintaan yang tinggi pada Google. Antara keyword berkenaan Era yang hangat ialah Era Radio dan Era FM.
Era = 135 ribu ( Results 1 – 10 of about 785,000 for era )
Era FM = 40 ribu ( Results 1 – 10 of about 93,500 for era fm. )
Era Radio = 12 ribu ( Results 1 – 10 of about 44,900 )
Keyword Era FM dan Era Radio amat sesuai untuk dioptimakan memandangkan saingan yang sikit.
Erra vs Era
Jadi, apakah sebenarnya yang benar-benar dicari pembaca? Erra Fazira atau Era FM?
Susah untuk mengagak. Kedua-duanya mempunyai logiknya yang tersendiri.
Aku telah melihat Alexa rank untuk blog atau website yang mendapat ranking tinggi untuk keyword “Erra”. Hampir kesemuanya mempunyai traffik yang tinggi setiap hari. Boleh jadi kebanyakan daripada traffik berpunca daripada keyword Erra.
Boleh jadi juga pengguna sebenarnya mencari alamat laman web Era FM memandangkan domain mereka yang berbeza iaitu Era Dot FM dan bukannya Era Dot Com.
hehe. mesti rmi terjah belog nie. dpt 100k sbln pun jd la kan traffic.
Tapi kadang-kadang perlu ingat gak. Kalau competitor rendah pun, tapi kesemua competitor dah seo kan keyword tersebut, payah gak nak hidup. Ha ha.