Ada apa dengan Proteus

Posted by MaxMonic

Kalau korang tengok berdasarkan featured auctions yang aku ambil kat sedo.com kat sebelah ni, domain proteus.net sedang dibida pada harga yang tinggi iaitu USD 3,000.

Sedangkan kita semua tahu bahawa nilai untuk .net biasanya lebih rendah daripada .com.

Kat sebelah ni pula pagerank untuk proteus.net. Memang memelikkan bagaimana domain.net yang mempunyai PR2 dapat dibida pada harga yang tinggi.

Tambahan pula, memang jelas domain ini diparking semata-mata atau kurang isi kerana tiada langsung backlink dari google.

Dan kalau kalau dikaji berdasarkan nilainya di DNScoop pun, harga anggaran untuk site tersebut tidak sampai pun USD 56.

Jadi di manakah terletaknya kekuatan domain ni? Aku rasa korang akan nampak bila rujuk snap dari DNScoop kat bawah ni.

Bagi aku, nama proteus langsung tak sedap. Jadi aku menganggarkan nilai proteus ni datangnya 100 peratus daripada usianya iaitu 9 tahun ,9bulan dan 18 hari.

Itu baharu berdasarkan usianya, agaknya apa akan jadi sekiranya proteus.net ni dijadikan blog sebelum ni dan mempunyai rank Alexa dan PR yang tinggi? Sudah tentu boleh mencecah puluhan ribu USD.

Jadi sekarang terbuktikan bahawa perniagaan domain name atau blogging ni akan merupakan satu bentuk pelaburan jangka masa panjang.

Sekiranya anda masih belum mula blogging, mulakanlah secepat mungkin.

Leave a Reply

CommentLuv badge