Untuk pengetahuan korang, Pizza Hut telah di’rebranding’ ke Pasta Hut di United Kingdom. Dengan penukaran tersebut, laman web pizza hut di UK juga telah ditukar ke pastahut.co.uk dan pasta-hut.co.uk.
Persoalannya, bagaimana pula dengan pastahut.com? Pastahut.com sebenarnya telah didaftarkan semenjak tahun 2000 lagi oleh Kevin Smith. Dan TLD-TLD (TLD ialah extension untuk domain name seperti .com / .net / .com.my) yang lain telah dibeli pada April 2008 apabila ada ura-ura yang mengatakan Pizza Hut akan menukar nama ke Pasta Hut.
Tujuan aku tulis artikel bukan semata-mata untuk memberitahu penjenamaan semula Pizza Hut, tetapi ingin menunjukkan betapa sengketnya akal Pizza Hut Pasta Hut. Mahu tahu mengapa? Pasta Hut tidak bercadang untuk membeli domain name pastahut.com. Alasannya mereka telah ada domain pastahut.co.uk dan pasta-hut.co.uk, jadi mengapa mereka perlu ada pastahut.com.
Pada anggapan aku, mereka buat begini kerana tidak mahu membeli domain tersebut yang pastinya Kevin Smith akan jual dengan harga yang mahal. Sekiranya Pasta Hut bijak, sudah tentu mereka akan beli pastahut.com daripada Kevin sebelum berita mengenai ‘rebranding’ Pizza Hut tersebar luas kerana ketika itu pastahut masih kurang nilainya. Tetapi jika Pasta Hut mahu beli sekarang, aku yakin USD 100 ribu pun belum tentu cukup.
Adakah pendirian Pasta Hut untuk tidak membeli pastahut.com akan membawa kerugian kepada Kevin? Sudah tentu tidak. Bayangkan berapa revenue yang bakal Kevin dapat daripada visitor yang ingin pergi ke laman Pasta Hut tetapi menaip pastahut.com? Bagaimana pula jika ada syarikat lain seperti Domino Pizza yang membeli domain tersebut terlebih dahulu daripda Kevin dan men’redirect’kannya ke laman mereka? Sudah tentu Pasta Hut akan kehilangan pelanggan. Pada ketika itu mungkin baru Pasta Hut sedar kesilapan mereka.
Jadi apa yang korang nampak daripada artikel aku kali ni? Dalam artikel ni tersirat satu teknik untuk membeli domain name iaitu berdasarkan spekulasi.
Pertama, membeli domain name berkenaan syarikat-syarikat yang akan menukar nama atau
Kedua, membeli domain name berkenaan syarikat-syarikat yang bakal diwujudkan atau bakal menjadi syarikat terkenal. Maklumat-maklumat sebegini korang boleh dapatkan sekiranya rajin membaca surat khabar berkenaan ekonomi atau business atau korang boleh rujuk nama-nama syarikat di bursa Saham. Tahukah korang telekom.com terjual berapa juta?
*Adakah relevanrebranding pizza hut ni? Sebab bagi aku pizza hut lagi sedap namanya daripada pasta hut.. Kan? Kan?
*Tak de sesapa nak beli pastahut.com.my ke?