Adsense for domain untuk domain co.cc

Posted by MaxMonic

Semalam aku telah menceritakan mengenai caj renewal yang di kenakan pada domain co.cc sekiranya anda menggunakannya untuk tujuan komersial iaitu apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan wang pada blog.

Jadi memandangkan domain hartaweb.co.cc aku akan expired pada Oktober ini, maka aku bercadang untuk mengujinya pada sebuah program iklan google iaitu adsense for domain.

Bagaimana menggunakan domain co.cc anda untuk adsense for domain?

Mula-mula sekali masuk dahulu ke akaun Google adsense dan klik pada Adsense Setup. Kemudian pilih Adsense for Domain dan masukkan nama domain name anda.

adsense_for_domain_cocc_3

Itu bahagian yang mudah. Yang rumitnya ialah untuk mengubah Cname dan A name pada zone record akaun co.cc anda. Jadi, login ke akaun co.cc anda pula. Anda boleh melihat format untuk setting zone record di laman support Google.  

co cc zone record setting

Pada co.cc, setup Zone Record untuk domain yang anda mahu. Masukkan kelima-lima value di dalam gambar. Empat value untuk A record dan satu Cname.

Itu sahaja, kemudian tunggu Google approve domain tersebut dan domain co.cc tadi akan mula memaparkan iklan-iklan seperti domain parking. Cuma bezanya, 100 peratus komisen dari domain parking ini akan sampai terus kepada anda tanpa penglibatan pihak tengah.

2 Responses to “Adsense for domain untuk domain co.cc”

  1. titan says:

    kene cuba ni. ko dah cuba kan? berapa click sehari?

  2. MaxMonic says:

    AKu dah cuba, impression banyak tapi klik kurang. Iklan banyak yang tak berkaitan dengan nama domain.. ha ha.

Leave a Reply

CommentLuv badge