Kategori: Tips Kesihatan


Bagaimana mengatasi rambut gugur

Saturday, August 6th, 2011

Rambut lebat dan hitam merupakan salah satu senjata baik kepada lelaki dan juga perempuan. Walaupun rata-rata memilih pasangan kahwin disebabkan rupa , namun semua itu hanya sementara sahaja. Hal ini berbeza jika dibanding dengan rambut. Sekiranya diberi penjagaan yang betul, rambut anda mampu kelihatan segar tidak kira sejauh mana usia anda.

dapatkan rambut segar

(more…)


Rawatan terkena minyak panas

Friday, November 19th, 2010

Bagi sesiapa yang melecur akibat terkena minyak panas atau pun terkena eksoz motor, biasanya anda akan dapati beberapa rawatan awal untuk dicuba. Sebelum masuk tentang rawatan, elok kalau anda tahu sedikit sebanyak tentang melecur.

Tahap-tahap melecur

  • Tahap 1 – Melecur tahap ringan seperti ‘sunburn’.
  • Tahap 2 – Melecur yang boleh menyebabkan kulit melecet (terkena minyak panas / terkena ekzos motor).
  • Tahap 3 – Melecur yang lebih teruk dari tahap 2 (melecur sehingga ke tulang). Terus jumpa doktor.

Bagi melecur Tahap ke 2 dan ke 3, biasanya anda tidak akan merasa kesakitan pada awalnya. Walaupun kesan awal tidak ketara, kekurangan rawatan awal atau rawatan awal yang salah boleh menyebabkan kesan melecur lambat sembuh.

Rawatan yang perlu dielakkan

Rawatan awal yang paling popular didengari adalah menyapu minyak, ubat gigi, atau planta pada tempat yang terkena panas. Tetapi awas, rawatan-rawatan awal tersebut sebenarnya memudaratkan kesan melecur anda. Sekiranya anda ‘search’ di Google berkenaan rawatan terkena panas atau melecur, anda akan dapati ramai yang mengesyorkan cara-cara di atas tetapi sebenarnya,

  • Minyak dan planta boleh membuatkan haba terperangkap pada kesan melecur justeru melambatkan proses pembaikan.
  • Bahan-bahan seperti ubat gigi, minyak dan planta berpotensi untuk menyebabkan kesan melecur dijangkiti kuman.

Ada juga yang mencadangkan penggunaan ais atau air ais digunakan untuk menyejukkan kesan panas tetapi cara ini boleh menyebabkan ‘frost bite’ dan menerukkan lagi keadaan. (more…)