Aku terbaca satu review di kongsiblog.com tentang niagakit. Secara main-main, Sabri memberi idea untuk menjual budu secara online. Pada mulanya memanglah nampak seperti lawak tetapi bila difikirkan kembali aku ternampak kebolehan budu.
1.Mudah untuk di packing
Aku rasa untuk mempacking budu amatlah senang. Tambahan pula korang tidak perlu risau samada budu itu akan hancur atau tidak, kerana budu itu sendiri memang telah hancur.
2.Orang Kelantan bukan di Kelantan sahaja
Ingatlah, sekarang ni orang Kelantan bukan di Kelantan sahaja. Di seluruh pelusuk pun ada. Di Penang ada, di Rusia pun ada. Sekiranya mereka yang berada di Penang ingin memakan budu, di mana untuk mencarinya? Walaupun Tesco menjual pelbagai bahan segar jauh dari oversea, tapi aku tidak pernah lagi jumpa budu setakat ini.
3.Orang lain pun nak cuba
Selain penduduk tempatan, aku pasti ramai lagi yang ingin mencuba budu. Cuma mereka masih tiada peluang untuk ke Kelantan sahaja. Oh, ya. Sebuah buku berkenaan ‘Cara Menggunakan Budu Dengan Betul’ juga perlu dimasukkan ke dalam pakej.
Kenapa aku tak cuba?
Sekiranya aku begitu yakin atas idea ini, mengapa aku tak cuba sendiri? Pasti ada yang akan bertanya begitu. Perkara ni mungkin lebih mudah sekiranya aku sekurang-kurangnya mempunyai saudara atau kenalan di Kelantan untuk membuat ‘joint venture’. Tapi apakan daya.
Untuk mempelajari lebih tentang menjual produk secara fizikal korang boleh lawat Wang Cyber. Sekiranya korang berminat untuk mempunyai kedai Online (berlandaskan WordPress) dengan cepat bagi tujuan menjual budu atau produk yang lain, korang boleh usha niaga kit.
Sebelum tu pastikan korang baca dahulu tentang pro dan kontra niaga kit. Jangan tergopoh gapah dalam membeli, dan menyesal kemudian.
Ps: Bukan budu je, cencaluk atau sambal belacan pun boleh.
Pss: Kepada yang berminat, pastikan korang jual sekali air lada ye. Sedap dimakan bersama keropok lekor ni.
Psss: Cuba cari produk yang dicari Mat Saleh di Malaysia ni. Boleh jual ikut harga USD. Sudah pasti lebih untung. Contoh terbaik peta Malaysia (idea Irfan Khairi)
Hoho…belom cuba belom tau kawan…..mana atau rezeki kat situ ker….cmnela rs budu tu kan…tengok pun xpenah
haha.. dari budu menjadi satu entri manarik.. best idea tu.. mmg macam2 sebenarnya yg boleh kita jual melalui online.. budu turut tak ketinggalan.. cuma terpulang pada rezki masing-masing kan? bukan begitu? dgn keberkatan dariNya dan berkat kesabaran, insyaAllah apa sahaja boleh berjaya
Ha ha.. sementara pasaran masih tiada. Rembatlah cepat-cepat peluang ni.
assalamualaikum…..
kwn2 semua…jom!! kenali kelantan….
Rasailah kelazatan dan keenakan makanan kelantan….budu ada….macam2 adaaa…
harga pun murah dan berpatutan….(”,)
jgn lupa promote n 4wad kat kwn2 yg lain ye… nak kirim kat mak ayah kat kampung pun boleh…kat sdare mare=)
jemput ye kawan2 semua….
http://variasikelantan.blogspot.com