Belajarlah daripada yang pakar. Itulah cara yang terbaik untuk berjaya daripada aku. Bila aku kata belajar, bukannya aku maksudkan korang mesti bertanya kepada pakar itu sendiri. Aku jamin pertanyaan korang tidak akan di layan. Bukannya mereka sombong, tetapi sebenarnya mungkin mereka pernah menerangkan perkara yang sama berulang-ulang kali kepada orang lain samada di forum atau di blog mereka sendiri, jadi mereka berasa jemu untuk menerangkan kembali.
1.Mendapatkan income daripada blogging
Cubalah cari blog mana yang memperoleh pendapatan tinggi melalui adsense. Antara yang terkenal ialah John Chow dan Problogger. Cuba lihat bagaimana mereka meletakkan iklan-iklan adsense di laman mereka. Bagaimana mereka memblendkannya sehingga membuatkan pengunjung merasakan link sponsor tersebut ialah sebahagian daripada laman mereka seterusnya meningkatkan kadar klik.
2.Menjual produk fizikal & E-book
Untuk produk fizikal pula,cuba kaji laman-laman yang menjual produk fizikal yang sudah berjaya. Antara usahawan siber yang terkenal ialah Irfan Khairi. Aku telah pun membaca buku Rahsia Jutawan yang dihasilkannya. Buku tersebutlah yang mengajar aku erti adsense dan affliate. Walaupun aku tidak men’support’ buku tersebut (aku baca di library je), terima kasih aku ucapkan.
Semalam pula aku telah di bawa ke sebuah page penjualan ebook di wang cyber. Tajuk ebook itu memang menarik perhatian aku. Bayangkan, melalui pembacaan di page itu sahaja sudah mampu memberikan aku pelbagai info.
Beberapa idea yang diberikan Shuth lebih kurang dengan Irfan Khairi iaitu sesuatu laman itu mestilah mudah dan tidak menyusahkan pengguna untuk membeli. Jadi bagaimanakah laman tersebut? Belajarlah daripada Shuth sendiri dengan melawat laman web beliau yang menjual produk fizikal iaitu maskahwin.com, setbersalin.com atau kuihtradisional.com.
Sekiranya korang mempunyai lebihan wang, tidak rugi aku rasa untuk membeli ebook berkenaan (RM37) kerana aku pasti ebook tersebut bukan ebook picisan. Sebabnya Shuth (pemilik forum Wang Cyber yg famous la jugak) tidak menjual e-book tersebut di laman baru, tetapi meletakkannya di Wang Cyber. Ini seolah-olah Shuth mempertaruhkan ebook tersebut dengan nama Wang Cyber. Sekiranya Shuth berani berbuat demikian, sudah semestinya Shuth yakin akan kualiti ebook berkenaan.
Oh, ya. Sekiranya anda berminat untuk menjual ebook, cuba kaji laman ebook di atas kerana Shuth berjaya membuat hati aku berbelah bahagi samada untuk membeli atau tidak. Lebih penting lagi, kepercayaan amat diperlukan untuk menjual produk atau ebook. Bergiatlah di dalam forum atau rajin-rajinlah berbloghopping untuk membina kepercayaan.
hermmmmmmmmmmm…aku bru try ni
klu ade something wrong bgtau ye bro jimmy.
penulisan pertama aku aku dan besi terbang
Hem, tau guna wordpress.com pun dah kira ok la tu.
stakat tau ciput2 xgune la bro.huhuuh.
akhirnya. ko beli juga. haha..
Subdomain utk domain name ni khas untuk niche blog je (selain dari blog ni). Nak beli domain bnyk2 x mampu.