Bodohnya VBulletin dan Spammer

Posted by MaxMonic

Baru-baru ni forum pada sebuah site aku yang menggunakan forum VBUlletin terkena serangan spammer. Di dalam proses membanteras spammer, aku menggodek-godek control panel admin dan terjumpa benda ni. Cuba baca pada perenggan yang aku highlightkan tu.

This verification supports audio, allowing blind users to register.

Aku tak nampak bagaimana seorang yang buta boleh menggunakan forum. Mungkin terdapat sesetengah site yang dicipta untuk orang buta dan terdapat juga keyboard yang menggunakan Brail code, namun aku tak pasti samada orang buta boleh menggunakan forum.  

Dan yang atas ni pula ialah posting daripada seorang spammer yang mengatakan sekiranya webmaster ingin lamannya dikeluarkan daripada senarai spam, webmaster perlu menghantar emel kepada dia.

Bodoh sungguh spammer tersebut dan lebih bodoh sekiranya mana-mana webmaster terpedaya dan menghantar emel kepada spammer tersebut. Aku yakin terdapat sesetengah pihak yang bertindak terburu-buru (tanpa sebarang searching) kerana inginkan laman mereka bebas spam.

Tak pelikkah korang,

1.Mengapa perlu kita menghantar emel berkenaan alamat laman web kita sedangkan spammer itu sendiri telah mendaftar di laman anda dan sudah tentu dia tahu alamat laman anda.

2.Sekiranya spammer tersebut berniat untuk membuang laman anda dari senarai spamnya, jadi mengapa perlu dia spam dari awal-awal lagi?

Berdasarkan kedua-dua kemusykilan di atas, aku membuat kesimpulan bahawa sebenarnya posting di atas juga dilakukan oleh ‘spam bot’, bukannya orang sebenar. Sekiranya korang menghantar emel kepada dia, spammer itu akan mengetahui alamat emel yang anda gunakan dan anda akan menerima spam mail yang berlambak-lambak di kemudian hari.

Apa yang spammer inginkan?

1.Menambahkan traffic ke site mereka.  Spammer akan menghasilkan spambot yang akan mempost reply di posting paling hangat dan banyak page view. Kebiasaanya spammer menggunakan gambar-gambar lucah untuk menarik audience dan traffic.

2. Terdapat sesetengah spammer yang menghasilakan spambot untuk meningkatkan pagerank mereka. Mereka akan menghasilkan spambot supaya mendaftar di forum korang dan seterusnya membuat linkke laman mereka di bahagian profile. Disebabkan kebanyakan skrip menggunakan dofollow attribute, maka memang ada peluang untuk spammer-spammer ini menambahkan pagerank mereka.

Kebiasaanya, spammer yang menggunakan cara kedua ini sukar dikesan. Setelah mendaftar dan meletakkan link, tiada satu post pun yang dilakukan mereka. Mungkin tidak menyakitkan hati kerana tiada spam post yang dilakukan, tetapi tujuan mereka yang sebenar (menambahkan backlinks) turut tercapai. Dari sudut positifnya pula, kewujudan spam bot dapat meningkatkan bilangan member dalam forum korang. Tetapi member yang tidak berkualiti la.

Aku tak pasti korang macam mana, tapi aku tak akan biarkan…

*Bagi webmaster forum yang sering di spam, anda boleh rujuk laman stopforumspam.com.

8 Responses to “Bodohnya VBulletin dan Spammer”

  1. MaxMonic says:

    Bagi yang terkena spam di vbulletin tu boleh guna plugin ni:

    1.Stop the Registration Bots
    2.Spam Decimator

  2. izzat says:

    huhu..ada dapat gak message spammer cam kat atas tu..tapi wat dunno je.. :)

  3. titan says:

    email spammer yg suruh kita email diorang untuk buang email kita tu, beribu kali aku dapat. penat delete kat akismet. tapi bila aku update askimet. terus hilang diorang.

  4. MaxMonic says:

    Ha ha.. tu la. Sapa suruh blog tu famous sangat. Aku setakat ni baru menerima satu komen ‘spam’.

  5. MaxMonic says:

    Erkk.. cakap pasal spam terus kena spam. Aku rasa ni ada orang saje memain la. Si artofeizma ni bukan spambot rasanya.

  6. KristFry says:

    Hello guys! I’m new here & I’m chuffed I set up this forum !

  7. LANIE says:

    Nice site. Thank you.,

  8. Toozynoirerem says:

    Hey, I’m online! ). And Se ya later)).

Leave a Reply

CommentLuv badge