Blogger lebih senang mendapat kerja

Posted by MaxMonic

Sebelum ni aku fikir bahawa blogging ni semata-mata sebagai medium menyampaikan pendapat sahaja. Tetapi setelah aku berfikir dengan lebih mendalam menggunakan style berfikir Edward De Bono (6 topi berfikir), aku yakin bahawa blogger lebih senang mendapat kerja berbanding pihak lain.

Mengapa aku kata sedemikian?

    Dapat menunjukkan bahawa anda sentiasa peka terhadap perseketiran anda.

    Dapat menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang berdisiplin dan mampu bergerak sendiri. Untuk membuat website bukanlah senang, pelabagai ilmu yang terpaksa dipelajari. Begitu juga untuk memaintainkan blog, kalau tak ada disiplin alamatnya tak hidup la blog tu..

    Sekiranya blog anda mempunyai ranking yang tinggi dalam search engine atau alexa, ini merupakan bonus kepada anda. Secara logiknya, dengan memberi anda jawatan dalam syarikat tersebut, ini bermakna publisiti percuma kepada syarikat terbabit.

Bayangkan sekiranya anda menulis entri yang baik mengenai tempat kerja anda, tidak mustahil lebih ramai lagi reader anda yang turut berminat untuk berada di syarikat tersebut.

Atas sebab-sebab inilah aku memulakan langkah untuk menjadi blogger.

Sekiranya anda bakal menghadiri temuduga, jangan segan-segan untuk memberitahu yang anda mempunyai blog.

Leave a Reply

CommentLuv badge