Author Archive


Belajar tentang kamera DSLR

Thursday, July 23rd, 2009

Walaupun aku pernah cakap yang kamera DSLR menyusahkan, tapi dalam hati ni memang seronok juga kalau ada sebiji. Boleh dibawa belayar. Senang la sikit untuk tangkap gambar berkualiti.

Jadi tak perlu lah lagi aku guna gambar-gambar yang diperoleh secara haram di Google image tanpa pengetahuan empunya gambar.Dan mungkin aku boleh menjual gambar-gambar yang ditangkap di Istockphoto Dot Com, tempat membeli dan menjual gambar-gambar yang ber’copyright’.

dslr camera guide

(more…)


Harga kamera DSLR, RM66.14 sahaja

Wednesday, July 22nd, 2009

Kawan aku baru sahaja membeli sebuah kamera DSLR yang berharga ribuan ringgit. Kamera DSLR memanglah seronok kerana kualiti gambar yang mampu korang hasilkan amatlah mengagumkan dan dengan teknik yang betul, gambar yang ditangkap kelihatan professional.

Tetapi yang kasihannya, ye la, kamera DSLR bukanlah sesuatu yang mudah untuk di bawa dan di beri pinjam kepada kawan-kawan yang lain (mahal beb, ingat nak bagi pinjam macam tu je ke?). Jadi akhirnya kenalah menjadi photographer sepenuh masa. Tambah-tambah pula kalau pergi aktiviti berat macam jungle tracking. Hah, memang membebankan kamera DSLR ni.

Harga sony DSLR di Penny Auction

harga dslr harga iphone malaysia

Pernah dengar laman Penny Auction.com.my? Sekiranya korang lawat, laman ni memang nampak professional. Percaya atau tidak, korang mampu mendapatkan sebuah kamera sony DSLR dengan harga RM66.14 sahaja. Hah, terkejut bukan?

Bukan itu sahaja, Apple Ipod Shuffle hanyalah RM0.38 manakala handphone Sony Ericsson W880i hanyalah RM8.95 sahaja. Wah, murah murah. Bolehlah aku tukar ke Sony Ericsson pula lepas ni.  (more…)


Menggunakan template yang simple

Tuesday, July 21st, 2009

Overview:

Kebiasaannya, ramai yang menganggap bahawa sesuatu laman yang cantik itu mampu menarik traffik yang banyak. Ada yang mengatakan sesuatu laman yang cantik dan penuh interaktif merupakan kunci yang membuatkan sesebuah laman kelihatan professional.

Sebab itulah masih ramai pereka website dan blogger menghiaskan laman mereka dengan flash kerana animasi yang dihasilkan flash memang mengagumkan. Dan ada pula yang memasukkan lagu ke dalam laman mereka. Cangih memang lah canggih, tapi macamlah aku tak ada simpanan lagu dalam PC aku. Lagi teruk kalau ketika tu memang aku tengah pasang MP3. Dah jadi macam lagu entah apa la pula.

Biar simple tapi laju

Bagi aku antara yang penting pada sesebuah laman itu adalah sebuah template yang teratur dan mampu load dengan laju. Ya, kelajuan loading adalah sesuatu perkara yang perlu di titik beratkan. Sekiranya load lambat, boleh jadi pengguna tidak sabar menunggu dan terus tekan ‘pangkah’.

(more…)


Polisi Google untuk adsense for domain

Friday, July 17th, 2009

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pengiklanan Adsense for Domain milik Google, maka terikat untuk mengikuti segala guideline dan polisi yang telah ditentukan mereka atau akaun adsense anda boleh di ‘banned’.

Sudah tentu anda tak mahu, kan? Jadi, fahamkan elok-elok perkara yang tidak boleh anda lakukan.

Invalid Click dan Impression

Apa yang seronoknya program Adsense for Domain ni, anda bukan sahaja boleh mendapat wang daripada klik, tetapi pada impression juga. Jumlah impression biasanya tidak titik berat oleh kebanyakan syarikat pengiklanan domain parking. Ini menjadikan Google unik dan berbaloi untuk di cuba.

Ingat, Google sama sekali melarang anda untuk mengklik iklan sendiri atau bersedialah untuk di ‘banned’.  (more…)


Dua keyword panas berkaitan hiburan didedahkan

Wednesday, July 15th, 2009

Aku memang rajin melakukan research berkenaan keyword-keyword yang hangat di pasaran melalui tool Google. Keyword yang akan di dedahkan kali ini memang sesuai untuk di ‘optimize’, memandangkan bilangan saingan pada search engine yang tidak melebihi 100 ribu.

Sekiranya korang masih kurang tahu tentang SEO, bolehlah dahulu baca entri berkenaan SEO supaya keyword yang aku dedahkan mampu korang optimakan untuk mendapat traffik dari search engine.

Keyword pertama: Erra

Itulah dia, Erra. Keyword ini mempunyai purata carian sebanyak 100 ribu setiap bulan pada Google (di filterkan untuk negara Malaysia sahaja).Tambahan pula overall result untuk keyword ini hanyalah 96 ribu. Memang mudah untuk artikel korang muncul di first page SERP bagi keyword “Erra”.erra fazira

(more…)