Antara Blogging dan Games

Posted by MaxMonic

Aku suka sangat bermain permainan RPG yang mana memerlukan user mengumpul point atau level up sesuatu character. Permainan-permainan video Gameboy seperti SIM, Megaman Battle Network dan pokemon telah habis aku khatam.

Pokemon? Betul. Kiranya korang tanya aku evolution-evolution bagi setiap pokemon, sudah tentu aku boleh jawab sambil makan kacang je. Apa yang menariknya game-game sebegini? Sedangkan banyak lagi game-game menarik seperti Counter Strike dan Red Alert.

Jawapan aku mudah saja. Aku begitu teruja untuk menambah baik character yang aku pilih dan pada masa yang sama mengumpul point.

Atas sebab inilah aku mampu untuk mengkomitedkan diri untuk blogging. Apa kaitanya RPG dan blogging?

Banyak kaitannya.

Kalau korang tengok kat blog aku, aku ade letak iklan nuffnang kat situ walaupun masih belum ade lagi iklan nuffang untuk blog aku ni (tapi sekarang dah ada). Seringkali aku buka dashboard nuffnang aku untuk tengok statistic pengunjung ke blog aku. Aku teruja andai kata aku dapat tengok pertambahan pengunjung ke site-site aku.

Untuk iklan adverlets pulak, aku dapat tengok perubahan earning aku sehingga ke titik RM0.00X untuk setiap masa (tidak seperti nuffang yang hanya mengupdate bayaran setelah habis campaign).

Selalu gak aku check ranking site-site saku di Alexa sertar ranking google Pagerank walaupun aku tahu benda-benda ni begitu payah berubah.

Bagi aku,
Earning yang aku dapat daripada blogging = points yang aku collect waktu main game
Ranking Alexa = ranking player di dalam sesuatu game
Google Pagerank = Level yang sedang aku capai dalam game (akan aku berkerja kuat untuk pastikan level up)

Dengan erti kata lain, aku adalah salah seorang yang berjaya melampiaskan ketagihan aku pada Pokemon permainan game kepada sesuatu yang lebih berfaedah di samping mendapat bayaran di atas apa yang diusahakan..

*Err.. Pokemon terbaru sekali dah keluar ke belum?? Kalau dah keluar tolong inform aku.. (yang last sekali aku main Emerald rasanya..)

2 Responses to “Antara Blogging dan Games”

  1. [...] boleh memeriksa ranking Alexa anda Aku amat mementingkan ranking Alexa kerana aku dapat melihat kemajuan blog ini. Memandangkan aku guna co.cc, memang [...]

  2. [...] boleh memeriksa ranking Alexa anda Aku amat mementingkan ranking Alexa kerana aku dapat melihat kemajuan blog ini. Memandangkan aku guna co.cc, memang [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge