Polisi Google untuk adsense for domain

Posted by MaxMonic

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pengiklanan Adsense for Domain milik Google, maka terikat untuk mengikuti segala guideline dan polisi yang telah ditentukan mereka atau akaun adsense anda boleh di ‘banned’.

Sudah tentu anda tak mahu, kan? Jadi, fahamkan elok-elok perkara yang tidak boleh anda lakukan.

Invalid Click dan Impression

Apa yang seronoknya program Adsense for Domain ni, anda bukan sahaja boleh mendapat wang daripada klik, tetapi pada impression juga. Jumlah impression biasanya tidak titik berat oleh kebanyakan syarikat pengiklanan domain parking. Ini menjadikan Google unik dan berbaloi untuk di cuba.

Ingat, Google sama sekali melarang anda untuk mengklik iklan sendiri atau bersedialah untuk di ‘banned’. 

Nama domain

Bukan semua nama domain boleh digunakan untuk menyertai program Adsense for Domain. Google hanya mahu nama domain yang bersih, suci dan murni sahaja.

Nama-nama yang berbentuk porno, ganas, dadah, dan senjata tidak akan di ‘approve’ sama sekali oleh Google.

Polisi Trademark

Google tidak mahu anda menggunakan nama domain yang di ‘cilok’ daripada laman web atau syarikat. Sebagai contoh, Google tidak membenarkan nama seperti kasperski.com kerana ini merupakan ‘typo’ untuk kaspersky.com (melainkan domain kasperski.com tadi telah wujud sebelum kaspersky).

Sumber: Google support

One Response to “Polisi Google untuk adsense for domain”

  1. titan says:

    hoho..memang aku tengah rancang nak cuba nih..

Leave a Reply

CommentLuv badge