Seperti biasa, tajuk artikel aku tidak menggambarkan isinya. Kongsi blog memanglah bagus kerana korang dapat menjimatkan kos hosting dan sebagainya tapi kali ini aku nak terjah laman kongsiblog.com. Untuk pengetahuan korang, kongsiblog.com sedang membuka pendaftaran bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis blog di sana.
Sebagai balasan pihak Kongsiblog.com akan memberi sagu hati berbentuk wang , lain-lain hadiah yang setimpal dengan tulisan anda dan dibenarkan meletak iklan anda di setiap artikel .
Walaubagaimanapun, terdapat 8 sebab kenapa aku benci kongsiblog.com. Terdapat beberapa perkara penting yang tidak dititik beratkan kongsiblog:
1.Tutorial untuk newbie:
Sediakan tutorial utk sesiapa yg berminat nk jadi author. (aku yakin kebanyakan yang berminat, mungkin tak ade blog sendiri jadi mgkin diorg tak tau nk manage wordpress).
2.Tukar sistem pembayaran:
Aku pernah jadi penulis kat kongsiblog.org (sekejap je) dan masih tidak dibayar sehingga sekarang. Waktu tu memang le marah, tapi skrg ak paham kalu kongsiblog nak bayar pun bergantung kepada kutipan pengiklanan cam adsense dan blog Melayu ni kalau nak hidup dengan adsense memang payah.
Jadi aku cadangkan kongsiblog bayar 6 bulan sekali bergantung pada page view.
Ex: Dalam 5 bulan, hasil adsense+adbrite+TLA ialah RM2000. Jadi ko cari percentage pageview utk semua artikel yg dihasilkan seorg author.
Guna percentage pageview tu utk divide wang tadi.Dengan cara ni aku yakin semua author akan berpuas hati dan lebih banyak lagi akan join kongsiblog. Tambahan plak, setiap penulis pasti akan hasilkan tulisan yg bermutu tinggi sebab nak pageview yg tinggi.. kan..kan.
3.”Tunggu kongsiblog.com dapat PR4 dulu la baru aku join. Boleh aku tulis artikel pastu buat link ke site aku, he he.”
Agak-agak camana kongsiblog nak elakkan perkara ni??? Waktu susah dibiarkan, waktu senang baru nak mencari…
4. Tiada logo :Disebabkan kongsiblog merupakan komuniti blogger, aku cadangkan kongsiblog adakan logo sendiri seperti Utem Bloggers (YuBiYu)… Baru Cool. Mungkin lain kali boleh buat pertandingan cipta logo pulak.
5.Artikel:
-Kebanyakan artikel di kongsiblog pendek-pendek belaka. Memang terdapat sesetengah pembaca yang tidak gemar artikel panjang-panjang, tetapi kurang bagus untuk SEO.
-Selain itu, apabila penulis mengenengahkan sesuatu isu, tiada idea yang diberi untuk penambah baikan. Sebagai contoh, dalam artikel “sanggup berbogel kerana RM126″, penulis tidak pun cuba memberi idea alternative kepada permasalahan tersebut (membuatkan sesetengah pembaca berfikir penulis hanya pandai mengkritik semata-mata).
-Tidak tahu menggunakan ‘blockquote’. Sebagai contoh, hasil tulisan Rohaizad berkenaan Larry Page dalam entri “Barack Obama Guna Youtube” seelok-eloknya di blockquotekan supaya nampak lebih kemas dan user tahu bahawa perenggan tadi datang daripada laman lain.
-Tajuk artikel yang mengelirukan. Contohnya ialah pada entri “Pesalah Traffik Diburu Termasuk Aku”. Mati-mati aku ingatakan traffik yang disebut tu ialah berkenaan traffik website, rupa-rupanya memang traffik betul-betul… Aku tertipu.
6.Slogan suara orang kita kurang sesuai.. Mengapa? Sebab nickname webmaster kongsiblog ialah kita. Dan slogan ini membuatkan seperti blogger-blogger berkerja di bawah Kita.
7.Template:
-Di bahagian kategori, tiada nombor yang menunjukkan bilangan artikel yang terdapat dalam sesebuah kategori. Biasanya pelawat lebih suka untuk membaca entri yang sudah banyak dikumpul di dalam sesebuah kategori berbanding yang sedikit.
-Tiada Search Box untuk mencari artikel di dalam blog kongsiblog. Apa yang ada hanyalah search box Google yang tidak memaparkan result berkenaan artikel-artikel di dalam kongsiblog.
-Iklan pada header(728×90) aku rasakan kurang sesuai. Cadangan aku, iklan ini seelok-eloknya diletakkan di sebelah kanan slogan ‘Suara Oran Kita’, manakala search box Google diletakkan pada Column ketiga di atas kotak ‘Langgan Artikel’.
-Terdapat campur aduk bahasa rojak pada template kongsiblog. Sesetengah perkara menggunakan bahasa Melayu manakala sesetengah lagi dalam bahasa English seperti ‘Categories’, ‘Leave Comment’, ‘Share This’ dan tarikh (yang berada di atas search box). Memandangkan kongsiblog ialah bahasa Melayu, tukarkan perkataan-perkataan tadi ke bahasa Melayu juga.
Untuk makluman korang, artikel ni sebenarnya ialah sahutan aku kepada pertandingan maki memaki oleh kongsiblog.com.
Semoga kritikan-kritikan aku ini dapat menjadi pembakar semangat kepada semua kongsibloggers.
Opss..Lupa pulak. Yang kelapan ialah, pertandingan ini terbuka kepada blogger Malaysia yang mempunyai blog berbayar sahaja. Aku kurang pasti hartaweb ni kategori apa memandangkan aku guna domain percuma tapi hosting berbayar…
Cincai kira je la Sabri, leh kan kan… (point ke-6 tu aku gurau je.. jangan ambil serius… he he)

hohoh bangga aku nama yubiyu boleh masuk kat sini..
Mesti ko baca posting ni sampai abis kan, pasal tu ko tau pasal YuBiYu tu. Erk.. terharunya aku.
Biasanya reader tak suka sangat artikel panjang-panjang ni..
*Nampak gaya macam ko nak join gak kontest ni kan Topo. Tak sabar nak tunggu entri ko.. pastikan pedas. Jangan taruk cilibo, guna cabai Melaka terus.. Ha ha.
hoho aku kan memang suka contest2 review ni.. nnt kn lah cacian dari topotato.com.. hahahahha
wahh…bagsu sekali maki hamun ko erk…ko tunggu penjelasan aku setersunya…tp ko tak layak bertanding kos ko guna domain free
Takpe.. tak kisah punye. Aku tulis ni pun utk mengatasi keboringan je. Lagi pun aku memang suka kritik2 ni. Ha ha. (ada setengah komen aku tu aku memain je.. jgn ambil hati pulak..)