Archive for November, 2008


8 sebab kenapa aku benci berkongsi blog

Wednesday, November 19th, 2008

Seperti biasa, tajuk artikel aku tidak menggambarkan isinya. Kongsi blog memanglah bagus kerana korang dapat menjimatkan kos hosting dan sebagainya tapi kali ini aku nak terjah laman kongsiblog.com. Untuk pengetahuan korang, kongsiblog.com sedang membuka pendaftaran bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis blog di sana.

Sebagai balasan pihak Kongsiblog.com akan memberi sagu hati berbentuk wang , lain-lain hadiah yang setimpal dengan tulisan anda dan dibenarkan meletak iklan anda di setiap artikel .

Walaubagaimanapun, terdapat 8 sebab kenapa aku benci kongsiblog.com. Terdapat beberapa perkara penting yang tidak dititik beratkan kongsiblog (more…)


Sesuatu yang korang perlu tahu tentang listing Google

Wednesday, November 19th, 2008

Sebelum ni aku pernah tulis tentang bagaimana cepatnya google index site aku dan masukkan artikel aku ke dalam listing search engine mereka walaupun ketika itu aku telah mendisablekan sistem ‘ping’ pada wordpress (plugin yang akan memberitahu Google bahawa site korang terdapat pembaharuan).

Dari sini, aku membuat kesimpulan bahawa Google begitu sukakan sebuah laman yang mempunyai info-info terbaru dan masih panas.

Kejutan pertama (kecepatan indeks):
Membuatkan pendapat aku lebih kukuh ialah, walaupun artikel aku berkenaan ‘Pasta Hut‘ baru dihasilkan tidak sampai 15 minit, tetapi ranking untuk keyword ‘Pasta Hut’ berada paga page pertama dan kedudukan ke-7. (more…)


Dari Pizza Hut ke Pasta Hut

Saturday, November 15th, 2008

Untuk pengetahuan korang, Pizza Hut telah di’rebranding’ ke Pasta Hut di United Kingdom. Dengan penukaran tersebut, laman web pizza hut di UK juga telah ditukar ke pastahut.co.uk dan pasta-hut.co.uk.

Persoalannya, bagaimana pula dengan pastahut.com? Pastahut.com sebenarnya telah didaftarkan semenjak tahun 2000 lagi oleh Kevin Smith. Dan TLD-TLD (TLD ialah extension untuk domain name seperti .com / .net / .com.my) yang lain telah dibeli pada April 2008 apabila ada ura-ura yang mengatakan Pizza Hut akan menukar nama ke Pasta Hut.

Tujuan aku tulis artikel bukan semata-mata untuk memberitahu penjenamaan semula Pizza Hut, tetapi ingin menunjukkan betapa sengketnya akal Pizza Hut Pasta Hut. Mahu tahu mengapa? Pasta Hut tidak bercadang untuk membeli domain name pastahut.com. Alasannya mereka telah ada domain pastahut.co.uk dan pasta-hut.co.uk, jadi mengapa mereka perlu ada pastahut.com.
(more…)


Jadikan kelemahan blog Melayu sebagai kelebihan

Saturday, November 8th, 2008

Sekiranya korang baca posting di blog rohaizad dan titan, blog Melayu dianggap kurang sesuai untuk menjana duit dari internet.

Sudah tentu korang seperti aku, lebih gemar menulis bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris kerana idea-idea dapat disampaikan dengan lebih berkesan, menarik dan mantap.

Jadi, jalan penyelasaian bagi aku ialah dengan mempunyai dua blog seperti En.Titan ni.. andai kata korang pergi ke earncent.com maka korang akan sampai ke blog Englishnya tetapi bila korang pergi ke earncent.com/blog, itu baru blog Melayu dia.

Blog bahasa Melayu korang boleh dijadikan sebagai tempat penjanaan idea dan kilang penghasilan artikel-artikel yang mempunyai gaya bahasa yang menarik. Andai kata korang ada masa lapang, baru la translate artikel tadi ke blog English korang. Tak rugi bukan? Satu artikel boleh dipost kepada 2 blog yang berlainan tanpa mengalami isu duplicate content yang tidak disukai google. (more…)


Cepatnya google index artikel aku

Friday, November 7th, 2008

Terkejutnya aku bila aku check balik artikel yang baru aku tulis tak sampai beberapa jam telah di crawl google dan berada di muka pertama pulak tu di bawah keyword bankaholic.

Jadi apakah sebenarnya yang mempengaruhi kecepatan search engine meng’crawl’ site korang?

Itu aku kurang pasti, mungkin bergantung pada nasib tapi setakat ini aku telah: (more…)