Bagaimana mengatasi rambut gugur

Posted by MaxMonic

Rambut lebat dan hitam merupakan salah satu senjata baik kepada lelaki dan juga perempuan. Walaupun rata-rata memilih pasangan kahwin disebabkan rupa , namun semua itu hanya sementara sahaja. Hal ini berbeza jika dibanding dengan rambut. Sekiranya diberi penjagaan yang betul, rambut anda mampu kelihatan segar tidak kira sejauh mana usia anda.

dapatkan rambut segar

Read the rest of this entry »


English Grammar: For vs To

Posted by MaxMonic

Kebanyakan penulis selalu runsing sama ada untuk menggunakan ‘for’ atau ‘to’ di dalam sesetengah ayat. Kita tengok dua contoh ayat di bawah. Yang mana satu betul?

  1. He sent the book to me.
  2. He sent the book for me.

Jawapannya kedua-dua pun betul tapi setiap ayat membawa maksud yang berlainan.

Ayat pertama membawa maksud seseorang telah memberi buku kepada anda.

Ayat kedua membawa maksud seseorang telah menghantarkan buku bagi pihak anda.


Rawatan terkena minyak panas

Posted by MaxMonic

Bagi sesiapa yang melecur akibat terkena minyak panas atau pun terkena eksoz motor, biasanya anda akan dapati beberapa rawatan awal untuk dicuba. Sebelum masuk tentang rawatan, elok kalau anda tahu sedikit sebanyak tentang melecur.

Tahap-tahap melecur

  • Tahap 1 – Melecur tahap ringan seperti ‘sunburn’.
  • Tahap 2 – Melecur yang boleh menyebabkan kulit melecet (terkena minyak panas / terkena ekzos motor).
  • Tahap 3 – Melecur yang lebih teruk dari tahap 2 (melecur sehingga ke tulang). Terus jumpa doktor.

Bagi melecur Tahap ke 2 dan ke 3, biasanya anda tidak akan merasa kesakitan pada awalnya. Walaupun kesan awal tidak ketara, kekurangan rawatan awal atau rawatan awal yang salah boleh menyebabkan kesan melecur lambat sembuh.

Rawatan yang perlu dielakkan

Rawatan awal yang paling popular didengari adalah menyapu minyak, ubat gigi, atau planta pada tempat yang terkena panas. Tetapi awas, rawatan-rawatan awal tersebut sebenarnya memudaratkan kesan melecur anda. Sekiranya anda ‘search’ di Google berkenaan rawatan terkena panas atau melecur, anda akan dapati ramai yang mengesyorkan cara-cara di atas tetapi sebenarnya,

  • Minyak dan planta boleh membuatkan haba terperangkap pada kesan melecur justeru melambatkan proses pembaikan.
  • Bahan-bahan seperti ubat gigi, minyak dan planta berpotensi untuk menyebabkan kesan melecur dijangkiti kuman.

Ada juga yang mencadangkan penggunaan ais atau air ais digunakan untuk menyejukkan kesan panas tetapi cara ini boleh menyebabkan ‘frost bite’ dan menerukkan lagi keadaan. Read the rest of this entry »


Mencari bakal pelanggan

Posted by MaxMonic

jual beli domain

Sudah lama tak cerita tentang domaining ataupun jual beli domain. Sebelum ini aku ingatkan jual beli domain ni hanyalah dengan membina traffik dan kemudian jualkannya pada Sedo atau mana-mana marketplace yang mempunyai jual beli domain.

Ternyata aku silap setelah membaca sebuah ‘thread’ di dnforum tadi.

Rupanya kepandaian mencari pelanggan merupakan sesuatu perkara yang penting di dalam domaining juga. Di dalam thread itu, diceritakan bagaimana seorang domainer membuat duit dengan membeli domaining berharga dan menjualnya pada bakal pelanggan yang berkualiti.

Read the rest of this entry »


Kedai online menarik

Posted by MaxMonic

Kedai online samalah seperti kedai-kedai yang lain iaitu untuk menjual barangan cuma barangan dijual secara maya di internet. Kini, kedai online (online shop) semakin menjadi pilihan memandangkan anda tidak perlu mempunyai kedai sendiri.

Kaedah menjual barangan secara virtual juga dikenali sebagai E-Commerce ataupun E-Dagang.

Contoh-contoh kedai online di Malaysia

Anda ada online shop yang lain dari yang lain? Masukkan di ruangan komen. Sekiranya sesuai, aku akan masukkan ke dalam senarai di bawah.

Read the rest of this entry »